Selasa, Ogos 29, 2017

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli enggan melayan dakwaan kononnya menjadi ejen kepada seorang pemimpin kanan UMNO yang merancang untuk memecahbelahkan parti pembangkang.


Rafizi berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh Si Tipah terhadapnya bukan suatu perkara baharu, malahan sudah mengetahuinya sejak setahun lalu apabila ada khabar angin mengatakan dia menerima tawaran untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menukar dengan hukuman penjara yang bakal dihadapinya.
“Mengenai tuduhan saya ialah seorang ejen UMNO dan rujukan kepada “Ponorogo” seperti yang dituduh oleh Saudari Latheefa Koya (ahli Majlis Pimpinan Pusat), kempen mengaitkan saya sebagai ejen UMNO bukanlah satu perkara yang baru.
“Saya sedia maklum sejak lebih setahun yang lepas ada cerita yang dibawa di bawah kononnya saya telah dibeli oleh UMNO (melalui Datuk Seri Zahid Hamidi, sebab itu nama jolokan disebut “Ponorogo”) untuk menghancurkan KEADILAN dari dalam sebagai pertukaran kepada tidak ke penjara (kerana saya ada banyak kes di mahkamah),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi berkata, ia tindakan yang membuang masa dan sia-sia untuk menjawab dakwaan tersebut, sebaliknya menggesa supaya kerja ditumpukan dalam pilihan raya umum yang diadakan kelak.
“Saya berlapang dada dan tidak akan menjawab tuduhan-tuduhan itu kerana kita kesuntukan masa.
“Masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada membina kempen di kerusi-kerusi marginal yang dibantu INVOKE dengan turun ke bawah berkempen setiap minggu,” kata Rafizi lagi.
Rafizi juga menafikan ada bertemu dengan pemimpin Barisan Nasional sepanjang hidupnya, tetapi hanya sekali terserempak dengan Ahmad Zahid itu pun semasa di mahkamah pada 2012 lalu.

Pergaduhan Rafizi dan Latheefa tercetus kenyataan Ahli Parlimen Pandan itu yang mencadangkan supaya Kongres Khas diadakan bagi menyelesaikan status hubungan antara PKR dengan PAS.

Latheefa dalam kenyataan di Facebook semalam mendakwa Rafizi setiap hari berhubung dengan ‘Geng Ponorogo’ dan sentiasa membuat ugutan untuk melompat parti. Ponorogo dikaitkan dengan seorang menteri UMNO yang berasal dari Indonesia.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Klu masuk kat dalam tu tenang sikit fitnah..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping