Isnin, Ogos 21, 2017

Hahaha!!! Nampak gayanya kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali sebelum ini berhubung rundingan PKR dengan PAS tidak mendapat penerimaan positif dari kalangan pemimpin Pakatan.

Sebaliknya, mereka bukan sahaja melihat tindakan serta kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali itu sebagai satu penghinaan terhadap parti - parti lain dalam gabungan Pakatan Haprak tu.

Bahkan ada juga yang menganggap ianya sebagai tidak wajar dan memperlihatkan bahawa PKR sekarang ni berada dalam keadaan yang cukup terdesak sehingga sanggup menjadi 'Pelacur Politik'.


Ekoran dari kenyataan itu membuatkan Timbalan Presiden PAN, Si Din Pudu tu jadi tak puas hati dan menyatakan bahawa setiap rundingan perlu mendapatkan restu dari pucuk pimpinan Pakatan.
"Itu adalah pandangan parti untuk mengadakan rundingan mana-mana pihak. Namun keputusan mesyuarat Presiden PH adalah mana-mana perundingan selepas tertubuhnya PH akan dibawa ke mesyuarat Majlis PH untuk dibuat keputusan. Itu persetujuan kita capai bersama," katanya yang ditemui pemberita selepas merasmikan Kongres Wanita Nasional (AWAN) Amanah, di The Mines 2, Seri Kembangan, tengah hari tadi.
Dalam erti kata lainnya, Si Din Pudu tu memberikan gambaran bahawa PKR tidak boleh membuat keputusan secara bersendirian dan mengenepikan peranan parti - parti lain dalam Pakatan.

Secara tidak lansung, kenyataan Si Din Pudu tu membuktikan bahawa PKR tidak mempunyai sebarang keistimewaan tersendiri untuk membuat keputusan sedemikian. Lagi pun, PKR bukannya 'Abang Besar' dalam Pakatan yang boleh buat apa sahaja sesuka hati mereka!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Din pudu takut pkr krjasama lgi dgn pas. Makin susah la pan nk dpt kerusi.

    BalasPadam
  2. PAN patut bertanding sendiri. Ramai jentera pilihanraya PAS dah masuk PAN seperti didakwa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping