Sabtu, Ogos 19, 2017

Heh! Takkan setara itu je kot keberanian seorang pemimpin muda yang selama hari ini cukup gah mendabik dada mendakwa kononnya dia berani berhadapan dengan orang luar.

Bagaimana mungkin dia mendakwa kononnya dia seorang yang berani sedangkan nak ambik tindakan terhadap 'Anak Buah' dia sendiri pun boleh menyebabkan dia kecut buah kerandut?

Setakat nak pecat orang melalui surat, melalui twitter atau media lain, itu bukan bukti keberanian. Sebaliknya, itu menunjukkan yang dia sendiri takut nak berhadapan dengan orang lain.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila salah seorang Exco Armada mendakwa dia hanya tau yang dia telah dipecat daripada jawatannya melalui status yang dimuat-naikkan ke laman twitter.

Sehubungan itu, ahli PPBM itu mencabar Ketua Armada itu agar melepaskan jawatannya ekoran keGAGALan dia mentadbir sayap parti itu dengan baik serta tidak bersikap profesional.
"Tindakan Syed Saddiq, dia kecoh-kecoh di media sosial seolah-olah pecat saya melalui media sosial, tindakan yang sangat tak profesional. Ini jawatan exco, bukan ketua kampung.
"Saddiq, janganlah kebudak-budakan. Saya hanya tahu (pemecatan exco) melalui Twitter, saya terkejut. Kata nak panggil lembaga disiplin tapi tiba-tiba dah pecat. Ini keputusan yang begitu buruk daripda Bersatu (PPBM)," katanya dalam sidang media di sini sebentar tadi.
IRONIKnya, sebelum ini, Ketua Armada PPBM tu pun pernah buat desakan yang sama apabila dia mendakwa Naib Presiden parti, Kak Midah meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas.

Sekarang giliran dia pulak yang terima khifarah apabila dia pulak yang didakwa GAGAL menjalankan tugas dengan baik. Itu la. Cakap orang tua - tua tak nak dengar. Hidup ni jangan sombong sangat. Dulu kita hina orang, tak mustahil hari ini, Allah hina kita balik!!!
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping