Ahad, Ogos 06, 2017

Heh! Nampak gayanya, gerakan Otai PKR ni pun terdiri dari kalangan mereka yang tak berpendirian juga. Tapi tak heran la bila pemimpin kesayangan diorang pun macam tu juga perangainya.

Jika sebelum ini, geng Otai PKR itu membuat pendirian menolak kepimpinan Tun Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Haprak dan mendesak agar bekas Perdana Menteri itu dikenakan tindakan.

Antara lain, geng Otai PKR itu mendesak agar Pakatan Haprak menubuhkan Suruhanjaya Keadilan bagi mengadili segala kesalahan yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, geng Otai PKR itu juga turut membuat desakan agar mana - mana pemimpin yang tidak bersetuju dengan pendirian tersebut melepaskan jawatan mereka secara serta merta.

Namun, pendekatan terkini yang diambil oleh geng Otai PKR itu nampak gayanya sudah berubah apabila Si Ketua Penipu tu sendiri tampil dengan 'Fatwa' khusus bagi menerima kehadiran Tun Mahathir.

Kali ini, geng Otai PKR itu mendakwa bahawa mereka tetap menyokong Pakatan Haprak tu bagi menunjukkan yang gerakan itu Inklusif, Terbuka dan memberi peluang kepada semua pihak.
"Kerjasama secara teknikal perlu diperhalusi. Kita terbuka, inklusif dan menerima semua pihak. Namun ia perlu diperhalusi dan bersyarat. Kerjasama itu bukan yang mutlak atau sesuka hati, ia perlu dibatasi dengan beberapa had kuasa," katanya.
Walaubagaimana pun, pendirian terbaru itu tetap juga tidak menyatakan sama ada mereka menyokong atau kekal menolak kepimpinan Tun Mahathir sepertimana yang dinyatakan sebelum ini.

Jika dilihat dari satu sudut, 'Sokongan Bersyarat' yang dinyatakan oleh geng Otai PKR itu memberikan gambaran seolah - olah mereka masih tidak menerima Tun Mahathir sebagai pemimpin.

Sekiranya benar anggapan itu, bermakna 'Fatwa' yang telah dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini jelas tidak memberi kesan kepada geng Otai PKR tu sendiri. Diorang masih lagi menganggap Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Diktator yang Zalim!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Madey dah berjaya melemahkan gerakan reformasi Anwar.

    BalasPadam
  2. Alahai otai, nak minta tambah modallah tuu.. Gerenti boleh sokong madeyy punya.. Kalau up tinggi lagi, boleh lupa pulak pernah dengar, sebesar titik ai pun madeyy tak boleh dipercayai.
    Lama2 lupa madeyy pernah cakap *saya jumpa sendiri dgn mangsa anwar, dan tak boleh benarkan org macam anwar jadi pemimpin negara ini*
    Lama sikit otai boleh terima bahaea madeyy sangat berjimat cermat masa 22 thn jadi pm dan anak2nya menabung sejak tadika hingga jadi kayaraya, jutawan, billiawan... Rafizi sendiri pernah kata, punyakayanya anak madeyy ini hingga boleh beli kilang arak di filipina..
    Eh tak sedar pulak otai tak terfikir tentang anwar yg bukan pun tokoh koperat tapi rumah macam istana hingga ke luar negara.. Menabung jugaklah ye.
    Jgnlah buat2 tak terima madeyy sedangkan terima pulak org yg mencetuskan gelaran aljub*** keatas anwar, dulu ni setiap malam dlm ceramahnya.
    Nak lengkapkan ingatan otai, carilah bukti dari handsad parlimen, siapakah yg desak anwar dikenakan tindakan atas kesalahan salahlaku seks.. Wakil dap lah tuu..
    Jadi semuanya dah ada dalam satu kuali.. Patutlah makin banyak fitnah dan pembohongan masa ni.. Tapi semua fitnah pembangkang akan mercik ke muka sendiri macam isu scorpene.. Rupa2nya terdedah kelulusan dan kila persen dah dibuat masa madeyy pm, anwar menteri kewangan.. DS najib belum pun jadi menteri perthnn masa tu...dah lamaa daahh.

    BalasPadam
  3. Budak2 tadika pun dah cerdik.Bila la puak2 ni nak jadi matang...Dah berbelas tahun dikelentong pun masih lagi nak sondol.. Bodoh.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping