Khamis, Ogos 24, 2017

Kalau dibaca kenyataan yang dibuat oleh Si Gobind Singh ni, memang takde cacat celanya. Apa yang dia nyatakan tu memang betul dengan mendakwa kononnya Si Rafizi tu masih kekal Ahli Parlimen.

Dalam satu kenyataan yang dibuat hari ini, Si Gobind Singh tu menegaskan bahawa Si Rafizi Ramli tu kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan kerana kesnya masih sedang perbicaraan mahkamah rayuan.

Gobind Singh berkata, Rafizi hanya akan melepaskan jawatannya jika rayuan terakhirnya di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan mendedahkan kandungan laporan itu menerusi sebuah sidang akhbar di bangunan Parlimen tahun lalu, ditolak.
Sehubungan itu, katanya, Rafizi masih seorang wakil rakyat.
“Undang-undang menyatakan individu itu perlu melalui seluruh proses rayuan sebelum sebarang perubahan dibuat ke atas status ahli Parlimennya,” kata Gobind kepada pemberita di Mahkamah Tinggi hari ini.
Dalam masa yang sama, Si Rafizi tu juga dengan bangga mendakwa kononnya status kelayakan dia sebagai Ahli Parlimen masih kekal dan dia tetap akan meneruskan kerjanya seperti biasa.
“Tiada perubahan terhadap status semasa saya tentang kelayakan saya dan saya akan meneruskan tugas seperti biasa,” katanya.
Itu kes yang berkaitan dengan 1MDB. Macam mana pulak dengan kes saman fitnah yang berkaitan dengan Pengerusi NFC sebelum ini? Bukan ke mahkamah dah jatuhkan hukuman terhadap Si Rafizi tu?

Bukan ke Si Rafizi tu sibuk mengumpul dana dari rakyat hanya semata - mata kerana dia nak membayar pampasan saman sebanyak RM 300 ribu seperti mana yang diperintahkan oleh mahkamah?

Yang herannya, jika Si Rafizi tu masih belum dijatuhkan hukum untuk membayar pampasan sebanyak RM 300 ribu tu, kenapa Si Rafizi sibuk mengutip derma dari rakyat?

Dan seandainya Si Rafizi tu kelak tidak perlu membayar pampasan tersebut, adakah dia akan mengembalikan duit kutipan derma dari rakyat yang mencecah hampir RM 1.5 juta itu sebelum ini?

Pokok pangkalnya, Si Rafizi tu secara terang - terangan dah 'Merompak Duit Rakyat' melalui kutipan dana yang dijalankan sebelum ini bagi meneruskan agendanya untuk menabur fitnah terhadap Kerajaan Barisan Nasional!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. macai2 dia yg bodoh bagi derma siapa yg suruh...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping