Rabu, Ogos 23, 2017

Badrul Hisham Shaharin yang pernah suatu ketika dahulu aktif memobilisasi penyokong pembangkang dalam ceramah  yakin kekecohan semasa program Hothing To Hide 2.0 lalu sau insiden terancang.

Ahli PKR seumur hidup itu berkata, semua rakaman kekecohan sudah menjadi bukti jelas kekecohan dimulakan oleh ahli Armada sendiri ntuk mengelak Tun Mahathir diserang dengan soalan sukar.
“Saya sebut dengan jelas mereka merancang untuk provok pihak tertentu supaya datang bertanya,” katanya semasa program Sembang Santai Teh Tarik bertajuk ‘Nothing To Hide: Provokasi atau Serangan Terancang’ malam ini.
Badrul Hisham berkata, program tersebut sebenarnya diadakan untuk menunjukkan seolah-olah Mahathir seorang yang berani berdepan orang ramai walhal sudah mengetahui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dapat hadir.
“Mudah sahaja, dia nak tunjuk Dr. Mahathir berani berdepan semua orang, jadi itu persepsi ‘berani Mahathir berdepan semua orang’, jadi apabila tidak jadi apa-apa dia dikatakan apa akan jadi, maka Dr. Mahathir dikatakan berani berdepan semua orang,” katanya.
Daripada pengamatan dan pengalaman bersama pembangkang, beliau mengulangi dengan penuh yakin semua kekecohan itu sebenarnya dirancang sama ada berbayar atau tidak itu bukan isunya.
“Kekecohan tersebut saya ulang dengan sangat yakin ia dibuat dengan amat terancang
“Yang bakar suar tak tahu yang ada benda lain, baling kerusi dari atas tak tahu ada kerusi dari atas akan baling, semua benda tidak tahu, termasuklah terancang ini tak semestinya saya kata terancang ini dia berbayar.
“Contohnya terancang dengan provok, dia tak tahu kawan kita pasti akan dapat tanya soalan maka diberilah lorong supaya dia menjadi punca. Mahathir cukup pandailah benda ini,” katanya.
Program Nothing To Hide 2.0 anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berlangsung di Dewan Raja Musa, Seksyen 7, Shah Alam bertukar kecoh apabila dicemari insiden balingan kasut, kerusi, botol air serta suar daripada beberapa individu yang hadir sehingga mencetuskan panik dan berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri.
Categories:

1 ulasan:

  1. Cukuplah...usah buat lgi program macam tu. Menyusahkan dan tidak menyelesaikan masalah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping