Rabu, Ogos 23, 2017

Bekas pekerja kepada Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan, Tun Mahathir hari ini mencabar bekas Perdana Menteri itu bersumpah dengan menjunjung Al-Quran bagi membuktikan dakwaannya tidak benar.

Menurut Abdul Hameed Gula Maideen, sumpah itu perlu dilakukan di hadapan makam wali yang disegani di Kedah yang juga merupakan Sultan Kedah terdahulu, Almarhum Sultan Abdul Hamid.

Katanya, ia bertujuan bagi membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat sebelum ini dalam satu sidang media di Petaling Jaya terhadap bekas Perdana Menteri itu adalah satu pembohongan.

Maka Mahathir perlu berbuat demikian untuk membersihkan nama dan menjaga maruah Pakatan serta sekali gus menamatkan spekulasi orang ramai terhadap Pengerusi PPBM itu sendiri.

Paling tidak, Pengerusi Pakatan Haprak tu boleh mengambil tindakan undang - undang dan memfailkan saman dimahkamah terhadap dakwaan yang dibuat oleh bekas pekerjanya itu sebelum ini.

Dalam sidang media semalam, Abdul Hameed mendakwa, Mahathir menyimpan wang kertas RM1,000 dan RM500 sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri yang disimpan di Taiwan dari tahun 1982 hingga 1995.

Malah katanya, sejumlah 35,980,800 keping wang kertas RM500 dan 65,417,100 keping not RM1,000 pada ketika ini masih lagi berada dalam simpanan Pengerusi PPBM itu di luar negara.
“Saya ada maklumat wang RM1,000 dan RM500 masih berikat ada Taiwan. Kami ada senarai nombor siri wang ini berjumlah RM83 bilion. Masa Tun M (Mahathir) kerja di Kementerian Kewangan, ada tiga orang yang tahu akan perkara ini.
“Wang-wang ini dicetak di London dan dihantar ke Taiwan dipegang oleh CKS Foundation secara berperingkat dari tahun 1982 hingga 1995. Wang itu masih ada di sana.
“Saya cuba nak bawa balik, tapi ada halangan daripada pihak mereka,” katanya dalam sidang media itu yang dibuat di pejabat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP).
Abdul Hameed berkata, sehingga hari ini Tun Mahathir masih lagi tidak mengambil peduli terhadap dakwaannya kerana takut ia akan terbongkar jika bekas perdana menteri itu melayan desakannya.

Bahkan dia juga turut mendakwa, jika ada pihak cuba menggugat kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri pada ketika itu, dia lebih cenderung untuk menahan individu berkenaan.

Pokok pangkalnya, berani ke Tun Mahathir nak sahut cabaran yang dibuat atau mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap dakwaan tersebut? Atau, adakah bekas Perdana Menteri itu akan terus berselindung dari mendedahkan kebenaran kepada rakyat???
Categories:

2 ulasan:

  1. Kemungkinan dakwaan itu benar, teringat dulu bekas MB Selangor ada membawa 1 bag James bonds penuh dgn Wang kertas.

    BalasPadam
  2. maka sebab itu note 1,000 & note 500 dibatalkan penggunaan nya dulu...tapi cerita yg dibuat konon anwar ibrahim yg bawa lariduit2 tu ke luar negara...akhir nya kebenaran hampir terserlah....Allahu akbar!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping