Ahad, November 12, 2017

Penang Front Party (PFP) mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat di negeri ini termasuk kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat, baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Patrick Ooi berkata, permohonan maaf itu perlu dilakukan kerana apa yang terjadi kepada rakyat di negeri ini adalah disebabkan kesilapan daripada kerajaan negeri.
“Kita minta Lim Guan Eng keluar minta maaf kepada semua rakyat Pulau Pinang. Dia kena minta maaf sebab setakat ini sudah ada 22 kematian dicatatkan akibat tanah runtuh dan banjir.
“Takkan dia nak tunggu sampai 100 orang mati? Saya minta semua rakyat Pulau Pinang bersama saya, tak kira parti apa sekalipun termasuk DAP untuk selamatkan negeri ini,” katanya.
Menurutnya, Rejim DApigs itu juga harus menghentikan segala pembinaan di atas dan lereng bukit dengan segera kerana ia dikhuatiri akan membawa lebih banyak masalah kepada rakyat.
“Kelantan dan Kedah banjir, tetapi mana ada kematian. Kita minta dia dengan segera hentikan semua projek di atas dan lereng-lereng bukit.
“Ini yang kita nampak misalnya di Bukit Bendera, merah. Georgetown kalau banjir airnya warna teh tarik kerana disebabkan kerosakan bukit,” katanya.
Jelasnya, tinjauan di sekitar kawasan Seberang Perai pula mendapati wujud masalah pembinaan yang tidak menyediakan saliran yang betul.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping