Jumaat, November 24, 2017

Heh! Ingatkan selepas dia keluar dari PAS, perangai haramjadah nak jadikan agama sebagai bahan modal Politik murahan ini pun akan ditinggalkan. Rupanya, lagi teruk peranagi Si Khalid Samad ni.

Tindakan dia tu sampai ditegur oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mengganggu dan kerap mencelah semasa Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan jawapan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Semasa sesi yang sedang membincangkan isu agama dan perkembangan kumpulan atheis dalam negara, Si Khalid Samad tu sibuk mencelah membangkitkan beberapa perkara berupa dakwaan mengaitkan agama dan politik.

Tindakan Khalid yang kerap mencelah dan tidak memberi peluang kepada Asyraf Wajdi untuk menjawab mengundang kemarahan Pandikar, seterusnya memberi amaran untuk mengarahkan Khalid keluar dewan sekiranya masih terus berdegil.
“Saya yang menimbang sama ada apa yang dihujah itu melanggar peraturan atau tidak. YB Shah Alam tadi cakap, saya teliti, tetapi dihujung hujah dikaitkan politik daripada agama. Apabila Menteri beri jawapan, bermakna hujah yang dipolitikkan terpaksa dijawab dengan politik,” kata Pandikar.
Datuk Dr. Asyraf dalam penjelasannya berkata, dia terpaksa menjawab isu itu secara politik kerana tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan oleh puak pembangkang adalah tidak berasas.
“Walaupun Islam adalah agama persekutuan namun Islam agama yang adil dan mengiktiraf kebersamaan, selain meraikan kepelbagaian agama di negara ini. 
"Tiada dalam dunia mana-mana agama yang ada patung Buddha terbesar di Asia, patung Hindu terbesar di Asia tetapi kita tidak pernah mengalami pemberontakan dan ketidakpuasan hati kerana Islam yang dibawa Barisan Nasional tidak pernah mendiskriminasi sesiapa,” katanya.
Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan Siti Mariah Mahmud mengenai perkembangan Atheist Republic Consulate of Kuala Lumpur, Asyraf Wajdi berkata ideologi itu adalah bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Dari satu sudut, tindakan Si Khalid Samad tu bukan sahaja mahu menjadikan isu agama sebagai bahan Politik Murahannya. Malah dia juga seolah - olah cuba mempertahankan ajaran Atheist yang sedang menular dikalangan masyarakat dengan bertindak sedemikian!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Khalid meroyan sakan sbb shah alam bakal terlepas..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping