Jumaat, November 24, 2017

Tak pernah lagi dalam sejarah kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor disaman oleh sebuah syarikat yang sebelum ini berkhidmat kepada negeri itu kecuali pada zaman PKR memerintah.

Dari satu sudut, itu membuktikan kejayaan PKR dalam mentadbir urus sebuah negeri dengan baik sehingga tahap difailkan saman terhadap kepimpinan negeri tersebut secara terbuka.

Tak kira la siapa pun yang memegang kuasa pada ketika ini di Selangor sama ada Azmin atau pun Khalid Ibrahim sebelum ini, tapi apa yang jelas, kedua - duanya merupakan pemimpin PKR.

Dalam satu kenyataan, Si Khalid Ibrahim tu mendakwa bahawa bersedia untuk menghadapi saman berkenaan kerana proses pengambilalihan itu berlaku semasa beliau memegang jawatan menteri besar.
“Tidak, saya tidak (takut). Itu hak dia untuk saman, tapi saya jalankan tugas untuk kebaikan rakyat Selangor. Jadi maknanya dia nak harga lebih sajalah,” katanya.
Puncak Niaga hari ini mengemukakan saman menuntut ganti rugi, faedah ganti rugi dan perbezaan kos antara penilaian PNSB Water Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada RM2.08 bilion hingga RM2.35 bilion dan pertimbangan pembelian sebenar pada RM1.55 bilion di bawah perjanjian pembelian saham bertarikh 11 November 2014 antara Puncak Niaga dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Selain Khalid yang menjadi MB Selangor sebelum ini dikenakan tindakan tersebut, Si Menteri Besar Selangor yang sedia ada, Si Azmin Ali serta Rejim Pakatan juga turut dipertanggungjakan.

Puncak Niaga mendakwa dalam proses pengambilalihan itu, Azmin selaku Menteri Besar kini dan Khalid sebagai bekas menteri besar telah menyalahgunakan kuasa mereka, dengan memaksa kerajaan pusat menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air.

Syarikat konsesi air itu juga menerusi kenyataan dalam Bursa Malaysia semalam mendakwa kerajaan negeri ‘bertanggungjawab di atas tindakan Khalid dan Azmin’. Pengurusan kes itu telah ditetapkan pada 28 November ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Apa yang jelas, ketidak-cekapan kedua - dua pemimpin PKR itu membuktikan bahawa parti itu tidak layak untuk memerintah. Sedangkan nak menguruskan sebuah negeri pun PKR tak mampu, inikan pulak diorang ada hati nak merampas Putrajaya. Alamat memang jahanam la jawabnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping