Rabu, November 29, 2017

Bukan mudah untuk seseorang tampil mengakui kesilapan yang dilakukan dan kemudiannya meminta maaf secara terbuka diatas kesalahan yang telah dilakukannya. Itu hakikat seorang manusia.

Yang buat silap kena mengaku salah kerana dia seorang manusia waima dia berjawatan sebagai Menteri sekali pun. Perkara itu memang tidak ada sebarang pengecualian bagi sesiapa.

Jadi, tak salah sekiranya seorang Menteri mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada semua pihak kerana membangkitkan isu berkaitan dengan istilah 'Slow Learner' sebelum ini.

Tapi sepatutnya, Menteri tu perlu sedar sejak dari awal lagi bahawa setiap patah perkataan, setiap ungkapan yang diucapkan sudah pasti akan dimanipulasikan oleh puak Pakatan Haprak tu.

Perkara itu bukan suatu perkara yang baru dalam dunia Politik hari ini. Dah banyak kali dah perkara seumpama itu diingatkan supaya mereka menjaga bahasa sewaktu memberikan ucapan terbuka.

Hakikatnya, memang takde orang dalam dunia ni yang boleh menerima ungkapan sedemikian rupa. Malah Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng pun marah bila dilabelkan sebagai "BODOH".

Walaubagaimana pun, jika dilihat dari satu sudut, ungkapan 'Slow Learner' itu tidak ditujukan kepada semua pihak yang dimaksudkan. Tapi ianya sengaja disalah-tafsirkan oleh sesetengah pihak.

Apa yang cuba disampaikan oleh Menteri itu adalah satu pujian kepada UiTM sendiri dimana institusi pengajian tinggi itu secara terbuka menerima kemasukan dari kalangan orang Melayu.

Waima pelajar yang lembab diterima masuk ke UiTM, tetapi institusi itu tetap berjaya melahirkan graduan - graduan yang mempunyai kelayakan serta menjadi sebahagian dari modal insan Negara.

Berbeza dengan Universiti - Univesiti lain yang sedia ada. Mana diorang nak terima kemasukan pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan sekolah menengah untuk menjadi Mahasiswa.

Tapi, justifikasi itu hanya untuk mereka yang melihat dari sudut positif. Pokok pangkalnya, apa yang diucapkan oleh Menteri itu memang tidak sewajarnya diungkapkan. Zaman sekarang, asal salah sebut sikit, memang jadi bahan kutukan dikalangan puak Pakatan!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. KAHKAHKAHKAH.......memang senang nak mintak maaf.
    Malangnya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dah berkali-kali aku cakap kat blog-blog A9 tapi tak pernah disiarkan. Alih-alih MINTAK MAAF jadi semua kena terima sebab KuNan hanya manusia biasa yang sentiasa, setiap masa dan saat menyakitkan hati orang Melayu. Sebab tu, ini jawapan kepada permintaan KuNan. Aku cilok jawapan ni from Rocky's bru blog untuk korang fikirkan sedalam-dalamnya;

    "It would seem that to be a politician and a so-called leader in this party, you must first be an ignorant moron. Students who enter UiTM are no different from those entering universities and colleges all over the world. Some may need more help than others but that is why universities are there. Taught 17 years in ITM where I witnessed the great transformations that education can fire in students. Taught elsewhere too, here and other countries. Have never been but proud of what became of my students in ITM. Universities and colleges can redeem the worst of learners but only wise voters can save the nation from the stupid and the moronic who would happily slander a population to stay in power." - A former ITM lecturer*

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping