Selasa, November 28, 2017

Parti Melayu berpecah dua bukan lima seperti yang diperkatakan oleh pelbagai pihak sebelum ini, kata ahli veteran PAS, Shubky Latiff.

Shubky berkata dua parti itu adalah PAS dan Umno, sekali gus menyifatkan kewujudan PKR, PAN dan parti pimpinan Tun Mahathir, PPBM sebagai hanya parti 'tumpang semangkuk'.

Selain itu, dia juga turut menyifat kewujudan PKR, PAN dan PPBM tidak akan kekal lama berikutan asas penubuhan parti-parti tersebut tidak sekukuh seperti mana aPAS mahupun Umno.
"Nampak macam (Melayu) pecah lima tapi pecah dua saja, iaitu PAS dengan Umno. DAP dan yang lain-lain (parti-parti) lain itu bukan merupakan cabaran besar. Ada tapi macam tak ada.
"Sebaik sahaja merdeka sampai sekarang, tentangan antara PAS-Umno berterusan sejak sekian lama. Yang (parti) lain hanya tumpang semangkuk sahaja. Berapa hari nak hidup pun tak tahu. 
"(Nanti) Datuk Seri Anwar Ibrahim mati, habislah PKR. Mohamad Sabu meninggal, habislah Amanah. Tapi Haji Hadi meninggal, Nik Aziz mati, Dr Baharuddin meninggal...PAS (tetap) ada," katanya ketika ditemu bual secara eksklusif Antarapos.
Justeru, Shubky berkata pengundi Melayu perlu sedar mereka kini hanya perlu memilih antara PAS atau Umno dan bukannya membazirkan undi dengan memilih parti lain, yang tidak jelas hala tujunya.

Shubky juga ditanya apakah DAP memberi impak yang serius dalam landskap politik negara. Bekas calon pilihan raya PAS itu berpandangan, DAP hanya kuat dan memenangi pilihan raya dengan majoriti yang besar disebabkan pengaruh PAS.
"DAP itu, sekuat manapun dia, kemenangan dua PRU sebelum ini adalah sokongan PAS. Tapi sekarang undi itu sudah tak ada (sebab PAS tak sertai PH). Jadi dia (DAP) tak akan dapat (jumlah undi) seperti yang dia dapat sebelum ini. Risikonya mungkin tak boleh dapat," katanya.
PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memilih untuk tidak menyertai Pakatan Harapan (PH) sebaliknya bergerak dengan Gagasan Sejahtera (GS) bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
Categories: , , , , ,

2 ulasan:

  1. PH tak akan dapat lagi undi populer yg di megah-megahkan nya.

    BalasPadam
  2. Jgn undi dap dan sekutunya

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping