Jumaat, November 03, 2017

PAS secara terbuka mendakwa bahawa mereka tidak pernah lupa peristiwa pertelingkahan dalaman UMNO dan perpecahan dikalangan orang Melayu yang menandai zaman Tun Mahathir.

Menjawab tuduhan pengerusi Pakatan Harapan terhadap Presiden PAS, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad mendakwa Tun Mahathir sebagai punca sebenar perpecahan dikalangan orang Melayu.
“Zaman dialah kita tengok Melayu berpecah. Tiga timbalan Perdana Menteri, 3 Timbalan Presiden UMNO terpelanting, lahir Semangat 46, Umno diharamkan, PKR dilahirkan, itu semua sewaktu zaman beliau,” kata Idris kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
Selain itu, Idris menambah bekas Perdana Menteri itu cuba mengitar semula “benda” yang sama dan dia selaku seorang negarawan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Dia sebagai negarawan kadang-kadang pun bercakap tak macam seorang negarawan. Bercakap tentang Bugis, perompak, yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang negarawan.
“Kita sedia dikritik tapi biarlah dalam bentuk fakta, tidak ada emosi, jangan fitnah. PAS bukan maksum,” kata Idris, dan menambah partinya sedia menjawab kritikan berdasarkan prinsip Islam.
Tun Mahathir di blognya kelmarin menggesa agar Hadi Awang menarik balik amanat yang dikaitkan dengannya yang didakwa telah menyebabkan orang Islam di negara ini berpecah dan berpuak.

Antara lain, Tun Mahathir mendakwa perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam sehingga ada yang menafi keislaman ibu bapa mereka disebabkan Amanat Hadi.
“Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.
“Ada yang bangunkan masjid berasingan sehingga sekarang ini pun. Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat,” kata Dr Mahathir.
Pengerusi gabungan Pakatan itu membuat dakwaan sedemikian selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendesak supaya bekas Perdana Menteri itu kembali bertaubat kerana telah menjadi punca kepada kerosakan Negara pada ketika ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping