Khamis, November 16, 2017

Bekas Naib Presiden PPBM, Hamidah Othman mendakwa sudah memberi 'peringatan' kepada pucuk pimpinan mengenai Ahmad Faizal Azumu ketika dilantik sebagai Pengerusi PPBM Perak.

Bagaimanapun Hamidah berkata pandangan itu jelas tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan malah dirinya pula yang dituduh dengan pelbagai dakwaan termasuk Gila Jawatan.

Hamidah diminta mengulas tindakan 19 ahli PPBM Batu Gajah yang mengumumkan keluar parti hari ini kerana tidak senang dengan kepimpinan Ahmad Faizal.
"Apa yang terjadi pada hari ini telah saya bayangkan kepada pucuk pimpinan ketika mereka mahu melantik Faizal sebagai pengerusi (PPBM Perak). 
"Saya kurang yakin dengan kewibawaan dan kepimpinannya, kerana merasakan dia belum bersedia menerajui parti di peringkat negeri. Tambahan pula peluang Pakatan Harapan (PH) dan PPBM di Perak agak cerah.
"Faizal merupakan bekas pegawai khas Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika menjadi Menteri Besar Kedah. Orang politik terutama di kalangan Umno tahu Faizal adalah 'key man' kepada Mukhriz terutama ketika Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden Umno, Ketua Pemuda Umno. Faizal adalah orang kuat menjalankan kempen untuk Mukhriz.
"Malangnya saya telah disalah anggap, dituduh gila jawatan, gila kuasa, agen Umno dan pengkhianat," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Pelantikan Ahmad Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak yang baru tidak dipersetujui sekumpulan ahli parti itu di Batu Gajah sehingga mereka mengumumkan keluar parti.

Ketua Penaja PPBM Bahagian Batu Gajah, Mohd Shirin Adenan dipetik sebagai berkata beliau dan 18 yang lain mengisytiharkan keluar parti hari ini sekaligus bahagian tersebut dibubarkan.

Sementara itu Hamidah juga turut menafikan dakwaan kononnya dia menjadi 'orang belakang' dalam tindakan 19 ahli keluar parti di Batu Gajah itu keluar parti pada hari ini.
"Terpulang apa orang hendak cakap. Yang penting inilah kebenaran. Jika perkara ini tak (masalah kepimpinan), orang tak akan ikut. Tambahan pula pada hari ini saya tidak ada jawatan, kecualilah saya ada jawatan atau kepentingan yang orang hendak ikut kerana sesuatu.
"Inilah realitinya, PPBM Perak sudah mati, apatah lagi pilihan raya sudah semakin dekat, tidak ada gerakan. Sebagai sebuah parti bukan sekadar ceramah tetapi kena ada gerak kerja dan jentera. Namun ia tak berlaku di PPBM Perak," tegas Hamidah.
PPBM kini sedang hangat dilanda kontroversi selepas satu demi satu pemimpin dan ahli keluar parti kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan mereka.

Parti yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga diancam dibatalkan pendaftarannya selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) memaklumkan Armada, iaitu sayap pemuda parti itu tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan PPBM.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping