Jumaat, November 17, 2017

Dengar katanya Si Rafizi Ramli kini sedang giat menyebarkan surat jemputan kepada rakan-rakannya supaya menghadiri majlis kutipan dana RM5 juta bagi menampung perbelanjaan tinggi INVOKE Centre.

Selepas itu, tiba-tiba sahaja lokasi dan tarikh majlis asal yang diumumkan oleh Rafizi berubah ke di ruang legar kompleks membeli belah Summit USJ, Subang Jaya, pada 19 November pula.

Begitu juga dengan bilangan wakil rakyat dan calon-calon prospektif Pakatan yang didakwa akan membuat pengisytiharan harta, selain menandatangani perjanjian untuk membayar RM20 juta jika mereka meninggalkan parti mereka, yang telah bertambah dari 20 orang menjadi 30 orang.

Maka disebutkan betapa tindakan Rafizi ini adalah mendahului dan mengambilalih peranan pucuk pimpinan Pakatan sehingga ke tahap membakul-sampahkan Perjanjian Pakatan itu sendiri.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Pengerusi Pakatan, Tun Mahathir, dalam sidang media di Parlimen berkata, Pakatan tidak membincangkan isu berkaitan pengisytiharan harta.

Apatah lagi mengenai isu penandatanganan perjanjian calon untuk membayar RM20 juta jika calon meninggalkan parti juga didakwa tidak menjadi sebahagian daripada agenda Pakatan.
“Itu soal INVOKE. Dia (INVOKE) yang buat pengisytiharan. Kita (PH) tidak tahu apa-apa. Kita (PH) ada strategi kita sendiri dan akan ikut keputusan akhir yang akan dibuat (oleh) Majlis Presiden,” jelasnya.
Maka, dengan penegasan itu ternyatalah benar telahan yang dibuat bahawa Rafizi memang memandai-mandai dengan mendahului peranan Pakatan. Malah INVOKE Centre memang tidak diiktiraf dan tidak diinstitusikan di bawah Pakatan sendiri.

Tiba - tiba saja satu laporan akhbar Sinar Harian yang memetik kenyataan Rafizi yang mengumumkan hasil kaji selidik bahawa dia berjaya mengungguli kedudukan teratas dalam senarai pemimpin PKR sebagai calon Perdana Menteri pilihan.

Mengikut laporan akhbar Sinar Harian itu, “Rafizi (10.7 peratus) jauh meninggalkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (4.5 peratus), Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (3.5 peratus) dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (2.6 peratus)”.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Yang korang percaya CAKAP RAFIZI, apasal......?????
    Rafizi kata, buat kiraan minyak mingguan, kau ikut.
    Rafizi kata, dia paling popular, kau percaya.
    Najib kata, ekonomi Malaysia on the right track, korang percaya
    padahal bank dunia kata, dah nak merundum, tunggu masa je buble akan pechah.
    SIAPA YANG BODOH ni sebenarnya...........??????

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping