Selasa, Disember 12, 2017

Selepas bekas pengikut PAS, Aishah kembali terkinja - kinja di kaca televisyen, kini tiba giliran seorang lagi artis veteran yang menyertai parti Politik kembali mencari publisiti murahan.

Namun, glamour yang dicari oleh bekas artis ini berlainan dengan tindakan Si Aishah. Dia tidak menyertai pertandingan menyanyi. Tetapi mengumumkan tindakannya keluar dari PKR.

Katanya, faktor Tun Dr Mahathir Mohamad yang diangkat menjadi Pengerusi Pakatan Haprak mendorong Tengku Intan Tengku Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Dayangku Intan itu keluar parti

Selepas Dayangku Intan mengumumkan keluar parti PKR pada Sabtu yang lalu, ramai yang bertanya apakah punca-puncanya, secara berkias artis veteran itu menjawab dalam Twitternya.
“Dulu dia syaitan yang dikenali, sekarang dia malaikat yang tidak dikenali..Cuba teka siapa,” kata Dayangku Intan dalam Twitter.
Malah artis veteran itu juga turut bermain teka teki dengan pengikut - pengikutnya dilaman twitter dengan membangkitkan persoalan mengenai siapa punca kehancuran Politik di Malaysia.
Walaupun Dayangku Intan tidak menyebut nama ‘dia’ yang dimaksudkan itu, namun ramai dikalangan pengamal media sosial menyimpulkan ia merujuk kepada Pengerusi PPBM, Tun Mahathir.
“Dalam PKR dan PH sendiri ada satu team yang tidak boleh terima kehadiran Tun M. Ramai jugak yang bertindak keluar parti, yang ketara kita tengok adalah DAP.
“Sekarang ini apa yang belaku kepada PKR tak ada bezanya, tindakan Dayangku Intan meninggalkan PKR dan PH jugak salah satu puncanya adalah Tun M …
“Apabila melihat tweet-tweet terbaru Dayangku Intan dapat kita simpulkan , Tun M adalah salah satu punca beliau meninggalkan PKR & PH. Sindrom kebencian terhadap Tun M di dalam PH umpama Api dalam sekam …,” kata Zakiyamani Yamani dalam Facebook.
Apa yang jelas, jika benar Tun Mahathir menjadi punca Dayangku Intan meninggalkan PKR, maka ianya membuktikan bahawa dalam parti itu masih ramai lagi yang kurang yakin dengan bekas Perdana Menteri itu secara terbuka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping