Rabu, Disember 13, 2017

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh seorang sahabat sewaktu membaca kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman media baru - baru ini. Nampak gayanya, persoalan dia tu ada logiknya juga.

Kalau betul Si Azmin Ali tu layak untuk menjadi Perdana Menteri mewakili Pakatan Haprak, kenapa nama dia tidak menjadi pilihan utama berbanding Tun Mahathir sebelum ini?

Bahkan, kata sahabat itu, nama Si Azmin itu juga tidak timbul sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebaliknya, nama Wan Azizah yang dianggap 'Tunggul Kayu' tu pula yang disebut - sebut.

Menurut laporan yang disiarkan melalui laman media tersebut, kelayakan Si Azmin Ali dibuat berdasarkan kepada 'Kejayaan' yang dicapai selama dia menjadi Menteri Besar Selangor.
"Pentadbiran cemerlang Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi penanda aras bahawa Ahli Parlimen Gombak yang juga Adun Bukit Antarabangsa itu mampu menggalas kepimpinan negara." lapor media tersebut.
Malah menurut kata salah seorang pemimpin Pakatan Haprak melalui laporan yang sama mendakwa dia berpuas hati dengan bantuan - bantuan yang diberikan oleh Rejim Pakatan pimpinan Azmin.

Apa yang jelas, nampak sangat kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Haprak Selangor tu hanya sekadar nak mengampu bontot Si Azmin Ali tu sahaja tanpa berselindung.

Hakikatnya, pemimpin Pakatan Selangor tu seolah - olah sengaja melupakan bahawa semua bantuan yang "diberikan" oleh Si Azmin Ali tu hanya merupakan 'Bantuan Warisan' yang diperolehi.

Pemimpin Pakatan Haprak tu lupa bahawa Si Azmin Ali tu hanya mewarisi bantuan - bantuan tersebut dari pemimpin terdahulu yang telah berjaya dicantas dan disingkirkan sebelum ini.

Sebaliknya, kejayaan yang dicapai oleh Si Azmin Ali tu hanya penyelewengan kuasa yang didedahkan kepada umum, termasuk yang melibatkan kroni serta kaum keluarganya sendiri. Kot itu pun dianggap sebagai kelayakan untuk jadi PM Pakatan, tak tau la nak kata apa!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping