Rabu, Disember 13, 2017

Kesian dengan nasib yang menimpa Si Zaid Al Araki ni apabila dia dibiarkan terhegeh - hegeh keseorangan berlaku biadap terhadap titah yang dikeluarkan oleh KDYMM Sultan Selangor.

Kebiadapan Si Zaid Al Araki itu hanya disambut oleh Pengerusi PPBM apabila bekas Perdana Menteri itu menghina Institusi Raja - Raja Melayu dengan memulangkan pingat kebesaran yang diterimanya.

Tetapi tindakan itu tidak mampu untuk menafikan kebiadapan yang ditonjolkan oleh puak Pakatan Haprak yang jelas tidak menghormati salah satu institusi dalam Perlembagaan Negara.

Namun, apa yang pasti, tindakan pemimpin DAPigs yang mendiamkan diri dari memberikan sebarang komen itu membuktikan bahawa mereka cuba nak selamatkan diri sendiri.

Bahkan pucuk pimpinan parti itu sendiri pun tidak berani bersuara sama ada mereka menyokong atau menentang tindakan yang dilakukan oleh Zaid Al Araki itu secara terang - terangan.

Secara dasarnya, DAPigs takut jika mereka bersuara menyokong kenyataan Zaid yang membantah titah Tuanku Sultan Selangor itu secara terbuka akan membuatkan mereka terperangkap.

Malah, sekiranya tindakan itu dilakukan, sudah pasti mereka yang selama ini dilabel sebagai Anti Melayu akan teruk diserang dan dikecam secara terbuka. Mungkin itu sebab diorang takut nak bersuara.

Walaubagaimana pun, tindakan tidak bersuara itu tidak semestinya menunjukkan yang DAPigs tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaid Al Araki tu sebelum ini.

Sebaliknya, tidak mustahil jika pemimpin DAPigs menyokong usaha pemimpin Melayu itu dalam diam. Lagi pun, itu la gunanya orang seperti Si Zaid Al Araki tu yang boleh dikudakan oleh puak DAPigs.

Tapi, itu kalau pemimpin dikalangan puak DAPigs. Bagaimana pula pemimpin parti PPBM yang diketuai oleh Tun Mahathir itu sendiri? Kenapa mereka juga tidak berani bersuara secara terbuka?

Walhal, yang menjadi bahan kritikan ialah Pengerusi parti mereka sendiri. Maka, kenapa mereka tidak tampil untuk mempertahankan Pengerusi mereka dari menjadi bahan kritikan?

Tampak jelas tindakan yang dilakukan oleh pemimpin kedua - dua parti itu hanya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Jangan kata diorang nak menjaga kebajikan rakyat. Nak menjaga maruah pemimpin parti sendiri pun diorang kecut buah kerandut!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Yang anti sultan tu agaknya lebih suka tinggal di negara lain yg tak ada sultan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping