Khamis, Disember 14, 2017

Fitnah dan Rafizi memang tiada pisahnya. Kalau dipisah, ibarat terpisahlah aur dengan tebing, ombak dan pantai. Begitulah rapatnya Si Rafizi Ramli tu dengan sikapnya yang suka menabur fitnah.

Maka atas dasar itu Si Rafizi Ramli sekali lagi bakal berhadapan dengan tindakan undang - undang kerana menabur fitnah apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan memfailkan saman terhadapnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan melantik peguam untuk mengkaji segala ruang undang-undang yang boleh diambil terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Tindakan itu diambil susulan tuduhan yang dibuat oleh Rafizi yang mendakwa kononnya kontrak pelaksanaan Ekspo Negaraku 2017, diberikan kepada abangnya, Noor Raslan Md Dahlan.
"Berdasarkan keterangan dan tuduhan yang dilemparkan, saya melantik peguam Datuk M Reza Hassan dari Messrs Raja Riza & Associate untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap Rafizi untuk menamatkan fitnah berterusannya," kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan.
Rafizi beberapa hari lalu dalam sidang medianya menuduh Abdul Rahman mengamalkan nepotisme apabila menyerahkan kontrak penganjuran Ekspo Negaraku 2017 kepada abang sendiri. 

Abdul Rahman namun kemudian tampil menafikan bahawa, Noor Raslan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd itu tidak mempunyai pertalian saudara dengannya. 

Penafian itu membuatkan Rafizi mula menggelupor memadamkan rakaman sidang media selepas menyedari 'kesilapannya', dan kemudian tampil memohon maaf kepada Noor Raslan. 

Namun permohonan maaf Si Rafizi itu tidak ditujukan khusus kepada Datuk Rahman Dahlan. Bahkan dakwaan yang dibuat sebelum ini sudah tersebar melalui laman media sosial.

Cuma sekadar nak mengingatkan supaya saman yang bakal dikenakan ke atas Si Rafizi tu tidak hanya sekerat jalan. Jangan sampai 'Tang Kona', ada pulak yang nak selesai diluar mahkamah. Kalau nak saman, biar Si Rafizi tu terpaksa bayar berjuta. Baru berbaloi!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Setuju sangat dengan SH, biar pengfitnah tegar berlagak pandai ini insaf, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Jenis muka taruk kat buntot tak tahu malu perlu di ajar secukupnya.

    BalasPadam
  2. harap2 bila dia cakap 'hanya bergurau' di mahkamah nanti...
    jgn pulak dgn senang hati tarik balik saman atau settle luar mahkamah...
    ..kita dh jemu dgn sifat baik budi@ suci hati sesetengah org2 yg kena fitnah ni...

    BalasPadam
  3. Saman jgn tak saman

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping