Ahad, Januari 14, 2018

Nurul Izzah tampil mempertahankan hak anak mendiang Karpal Singh yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan Pakatan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang PRU akan datang.

Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR mendakwa Sangeet Kaur Deo ikhlas dalam meluahkan kritikannya secara terbuka, sambil berkata Pakatan perlu mendengar pelbagai pandangan.
“Kita sudah hidup di bawah kerajaan diktator disebabkan sistem yang lama dipakai, dan adalah penting untuk meraikan keprihatinan dan kebimbangan orang ramai,” kata Nurul kepada FMT.
Malah Nurul Izzah juga turut mendakwa, pandangan Sangeet itu juga perlu didengari oleh Tun Mahathir kerana ia merupakan satu “kebimbangan yang sah”.
“Sebab itu saya memastikan ikrar (PH) turut memuatkan agenda perubahan,” kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Sangeet sebelum ini memuat naik komen di Facebook mempersoalkan pembangkang yang menurutnya tidak ada strategi jangka panjang sehingga terpaksa melantik Dr Mahathir, seperti diumumkan gabungan itu Ahad lalu.

Menurut Sangeet, Dr Mahathir terlibat dalam pelbagai kesalahan semasa pentadbirannya termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), undang-undang yang digunakan untuk menahan pemimpin pembangkang termasuk ayahnya.
“Ini bukan tentang kemaafan. Ia mengenai akauntabiliti. Mereka yang berkuasa perlu dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka. Begitu juga beliau,” katanya yang turut dipersetujui oleh Nurul Izzah.
Menurut Nurul Izzah, atas dasar kebimbangan sama itulah yang membuatkan PKR sebelum ini mengambil masa yang lama sebelum mencapai konsensus dalam isu pencalonan Perdana Menteri.

Namun malangnya, suara hati yang dinyatakan oleh anak mendiang Karpal Singh itu tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan Pakatan, khususnya dikalangan pemimpin DAPigs sendiri.


Sebagai rekod, keputusan Pakatan yang mencalonkan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sebelum ini turut melahirkan rasa kecewa dikalangan pemimpin - pemimpin Pakatan, terutama PKR.

Rata - rata, kepimpinan parti itu melihat keputusan itu sebagai satu gambaran yang seolah - olah membuktikan bahawa Pakatan Haprak tidak mempunyai pemimpin yang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. BODOHlah korang semua ni.
    Siapa kisah apa anak Karpal cakap........????
    Budak baru sethaun jagung. Kalau Karpal masih hidup,
    dia pun akan sokong strategi lantik Tun Mahadir jadi PM.
    Baru annaunce strategi, pelabor asing dah masuk!
    Matawang dan saham naik melambung.
    Kalau Tun jadi PM, tentulah semuanya akan rancak kemblai.
    Undi Najib, apa yang kita dapat...........?????
    Hutang keliling pinggang!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping