Ahad, Februari 18, 2018

Seperti yang pernah kita maklumkan selama hari ini bahawa dasar perjuangan gabungan NGO Pro Pakatan yang menggelarkan diri mereka sebagai BERSHIT itu ada niat lain yang sengaja disembunyikan.

Tapi, pada ketika perkara itu dijelaskan kepada orang ramai, puak Pakatan Haprak tu mendakwa kononnya semua penjelasan yang diberikan itu hanya sekadar alasan semata - mata.

Diorang dakwa, UMNO dan Barisan Nasional sengaja mencipta propaganda untuk menutup kelemahan Pilihan Raya dengan memberikan persepsi buruk terhadap gerakan anjuran BERSHIT tu.

Namun akhirnya, agenda sebenar BERSHIT itu sendiri diakui oleh salah seorang pengikut tegar mereka yang suatu ketika dahlu tegar mempertahankan gerakan Pro Pakatan Haprak tu secara terbuka.

Antara lain, bekas aktivis BERSHIT yang bernama Khalid Ismath tu mengakui bahawa dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum di Malaysia ni tidak bersih hanya propaganda Pakatan semata - mata.

Khalid yang juga bekas jawatankuasa mewakili solidariti mahasiswa berkata, dia sendiri pernah terpengaruh dengan propaganda undi warga asing dan isu blackout, walaupun ia tidak bersandarkan bukti.
“Saya pun dahulu termakan propaganda Pakatan. Namun selepas PRU, BERSIH sendiri lakukan tribunal dan mengesahkan tiada warga asing mengundi dalam PRU 13 yang lalu. Malah kejadian balckout itu juga tidak dapat disahkan.
“Jadi waktu itu saya rasa bingung. Saya juga merupakan antara jawatankuasa yang bertugas semasa himpunan BERSIH mewakili entiti solidariti mahasiswa. Saya tak pasti sama ada apa yang saya ikut waktu itu adalah benar dan tepat.
“Lama juga saya muhasabah sebelum saya bermufarraqah,”katanya dalam Facebook.
Khalid yang juga Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata BERSIH didalangi oleh Pakatan Harapan (dahulunya Pakatan Rakyat), walau bagaimanapun kini sudah semakin ramai yang sedar dengan propaganda palsu tersebut.
Pokok pangkalnya, gerakan NGO yang didalangi oleh puak Pakatan Haprak tu hanya wujud sekadar untuk mengaburi mata rakyat dengan agenda yang mengelirukan supaya mereka dapat merampas kuasa sedangkan hakikatnya, diorang sendiri pun takde la BERSIH sangat!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Harap lebih ramai lgi sedar bahawa bnyk propaganda buruk ph hanya utk raih undi.

    BalasPadam
  2. sesal dahulu pendapatan....sesal kemudian sudah banyak terjadi kerosakan..semoga Allah mengampunkan...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping