Rabu, Februari 27, 2013


Makin hari semakin mereng la Si Nurul Izzah ni dibuatnya. Dah la dia kemaruk nak berdebat tak dapat. Dah timbul pulak cerita ni. Tentu - tentu dia boleh hilang akal.

Selama hari ni, Si Nurul Izzah tu dok mendabik dada kata yang dia dah banyak hulur bantuan kepada rakyat. Tapi hakikatnya, satu hapah pun dia tak buat.

Tu pasal la bila dia dicabar untuk mengeluarkan senarai khidmat masyarakat dia secara umum dia tak berani. Dia masih lagi nak buat alasan yang bukan - bukan.

Baru - baru ni je la kita baru nampak ada posting gambar dalam laman Facebook menunjukkan dia bagi sumbangan kepada orang. Tu pun sebab nak dekat dengan PRU.

Persoalannya, kenapa selama hari ini dia tak buat? Kenapa baru - baru ni je dia nak buat posting gambar - gambar tu? Kan nampak sangat dia nak main wayang.

Masalahnya bukan semalam orang kenal Si Nurul Izzah ni. Tapi dah lima tahun beb!!! LIMA TAHUN dia jadi wakil rakyat. Tak pernah pulak dia nak tunjuk muka.

Walaupun secara zahirnya orang kenal siapa dia, tapi ada jugak penduduk dikawasan Lembah Pantai tu sendiri yang dah lupa. Itulah sedangnya Si Nurul Izzah ni.

Punya la lama dia tak turun padang, sampaikan orang dikawasan sendiri pun dah tak cam dah siapa dia. Tak ke haru namanya tu? Pun dia masih lagi tak rasa malu dengan diri sendiri? Pun masih jugak dia nak berlagak macam dia tu bagus sangat!!!
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Tiga laluan Aliran Transit Massa (MRT) yang baharu akan dibuka di kawasan Lembah Pantai bagi menampung kepadatan penduduk serta pembangunan sosioekonomi di kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Datuk Raja Zainal Abidin berkata, tiga laluan itu ialah Pantai Halt (di kawasan setinggan lama Lembah Pantai), Taman Bukit Angkasa (Lembah Pantai) dan Abdullah Hukum (Lembah Pantai).

Katanya, beliau meminta pihak MRT membuka stesen di kawasan berkenaan berikutan kepadatan penduduknya yang mencecah 400,000 orang selain kerancakan aktiviti pembangunan di situ.

"Atas usaha ini mereka bersetuju, dari segi laporan teknikal juga telah siap, perkara ini cuma perlu disahkan oleh Majlis Ekonomi dan Kabinet," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan majlis pecah tanah Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam serta pembukaan tanah kubur baharu seluas 1.2 hektar sumbangan Kumpulan Syarikat Amona.

Menyentuh pembinaan Masjid Al-Khadijah, Raja Nong Chik berkata, projek itu membabitkan kos RM15 juta dan dijangka siap dua tahun lagi.

"Keluasannya mencecah 34,276 kaki dengan ruang masjid yang boleh dimasuki hingga 3,000 jemaah, ia sebahagian daripada projek Pantai Sentral Park yang telah diluluskan pihak kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya ketika berucap pada majlis itu. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping