Jumaat, Jun 28, 2013


Nampaknya, kepimpinan pembangkang masih berdegil dengan 'undi majoriti 51%' yang kononnya dimiliki oleh Pakatan walau pun dah banyak kali diterangkan kesilapan mereka itu.

Anak Si Ketua Penipu itu juga mencuba isu 'undi majoriti 51%' di dalam ucapan perbahasan dia dalam sidang Parlimen. Di antaranya :
Dewan mulia ini mesti sedar bahawa MANDAT MAJORITI 51% yang diamanahkan kepada Pakatan Rakyat – memberikan Hak dan Kuasa mewakili suara majoriti rakyat Malaysia – dengan jelas dan jitu.
Jawapan mudah, Pakatan Rakyat tidak wujud secara sah dan tidak berdaftar. Barisan Nasional adalah satu gabungan parti yang sah, berdaftar dan di bawah satu logo parti.

Dan kita percaya, Dewan yang mulia itu tidak akan sesekali mengiktiraf gabungan parti yang tiada nombor pendaftarannya sendiri! Siapa yang sebenarnya harus sedar?

Kita harap ada ahli parlimen yang akan membidas kenyataan Nurul Izzah itu. Untuk jawapan seterusnya :

Isu undi popular yang cuba dimainkan oleh Pakatan Pembangkang bagi mewujudkan persepsi rakyat bahawa pakatan mereka dipilih oleh majoriti rakyat dalam pemilihan PRU ke 13 baru-baru ini merupakan isu dangkal malah memperlihatkan sikap pandir kepimpinan tertinggi Pakatan Pembangkang, demikian pandangan Datuk Zulkifli Nordin.

Ini memandangkan menurut beliau yang juga bekas peguam peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim,, asas pengisytiharan kemenangan Pakatan Pembangkang yang dimomokkan oleh Anwar kepada rakyat ialah kononnya undi popular, iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS melebihi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional.

“Anwar cuba untuk membohongi rakyat dan memutar-belit kenyataan bagi memperdaya dan memperbodohkan rakyat. Kita semua sudah sedia maklum kaedah pilihanraya yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak mula lagi ialah sistem first-past the-post, iaitu parti mana yang mendapat 112 kerusi dahulu adalah pemenang dalam PRU-13 dan berhak membentuk Kerajaan.

“Sistem dan kaedah pilihanraya yang kita guna pakai ini juga digunakan di banyak negara maju lain contohnya seperti negara Britain. 

Kita semua sudah sedia maklum, bahawa dengan kaedah ini, jumlah undi dikutip secara keseluruhan tidak diterima sebagai kayu ukur kepada kemenangan parti-parti yang bertanding,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini. - MiM

Ps: Kalau dah jenis manusia Bebal, terang la macam mana cara sekali pun takkan nak dia terima der!!! Otak dah letak kat Kepala Lutut, nak cakap apa lagi!!! Buang masa je!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping