Jumaat, Jun 28, 2013


SHAH ALAM – Penganalisis politik menjangkakan Pas akan turun dengan strategi agresif bagi memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Terengganu.

Pensyarah, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd berkata, strategi itu diambil berikutan PRK itu dapat memberi peluang kepada Pas untuk mengambil alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN).

“Jika Pas menang, kedudukan kerusi akan menjadi 16-16. Kerajaan negeri tidak dapat dibentuk dan kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada sultan.

“Maka, situasi ini beri peluang terbuka kepada Pas. Mereka mungkin mengatur jentera dengan agresif dan memberi tumpuan penuh kepada kempen untuk menang,” katanya.

Bagaimanapun katanya, BN juga pasti perhebat kempen untuk kekal di Kuala Besut.

“Kedudukan amat getir. Jika mereka kalah dan kedudukan kerusi terikat. Mahu tidak mahu, BN perlu menang,” katanya.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat pula berkata, Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti.

Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.

“Pergolakan dalam Umno juga mampu beri kelebihan kepada Pas. Kita lihat pergolakan ini antara penyebab pada pilihan raya lalu Pas mampu menawan banyak kerusi hingga menyebabkan kedudukan Umno terancam,” katanya.

Selain itu, katanya, sikap pengundi Terengganu yang sering menukar sokongan juga dilihat akan memberi kelebihan kepada Pas dan perkara ini terbukti pada pilihan raya lalu.


Katanya, senario politik di Terengganu juga dapat memberi peluang kepada Pas kerana jika dilihat BN Terengganu lebih kuat pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh berbanding di zaman pentadbiran Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said.

Ps: Jangan terkejut sekiranya PAS bertindak liar dan mewujudkan huru hara dalam Pilihan Raya Kecil kali ini. 

Sebab PAS pun bukannya nak perjuangkan Islam atau pun rakyat. Tapi diorang sekadar nak berkuasa!!! Itu je tujuan diorang pun!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping