Sekali lagi, Semut ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah diatas usaha skuad Harimau Muda dalam misi mengharumkan nama Negara.
Walaupun mereka tewas ketika menentang Bahrain dalam saingan kelayakan Olimpik malam tadi, namun usaha mereka tetap dihargai.
Malaysia yang mendahului dengan 2 biji gol sewaktu separuh masa kedua telah dikejutkan oleh pemain - pemain Bahrain yang bangkit disaat - saat akhir.
Bermain dengan 10 orang pemain ternyata tidak melunturkan semangat mereka untuk menewaskan Malaysia di Stadium Bukit Jalil.
Berkat semangat tersebut, Bahrain berjaya merobek gawang gol dalam tempoh 6 minit sahaja dihadapan ribuan peminat bolasepak Malaysia.
Ingat pepatah Melayu. Yang kalah jangan jadi abu dan yang menang jangan jadi arang. Teruskan berusaha agar dapat kembali memartabatkan Negara dimasa akan datang.
Masih ada sinar bolasepak Malaysia. Cuma pengalaman dan pendedahan peringkat antarabangsa kureng.
BalasPadamAku yakin jika permainan Harimau Muda dipertingkatkan lagi 'Team Malaysia' adalah setanding dengan team2 tahap dunia yang lain...
BalasPadamKalah menang adat permainan, prestasi permainan sangatlah penting!!!