Jumaat, Jun 29, 2012


Hah!!! Bila baca tajuk berita ni buat kali pertama, Semut pun terkejut. Sejak bila pulak Si Ketua Penipu tu kawin lain? Kak Wan Omega tak marah ke?


Sekali bila baca sampai habis, bukannya Si Ketua Penipu tu. Kebetulan nama dia je sama. Tapi 'Bin' dia lain. sure tak kena 'Ban' dengan Ping Busuk.


Harap - harap, jangan la Anwar ni ikut perangai hodoh Si Ketua Penipu tu pulak sudah la. Nanti takut pening pulak kepala isteri dia nak melayannya. Hehehe...
Bermula sebagai rakan sekolah kemudian disusuli dengan rakan setugas di kolej akhirnya pasangan pemenang ketiga Gerbang Cinta Mega-Utusan Musim ke-3, Anwar Abdullah, 26, dan Noor Amiera Alias, 24, disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam suasana yang penuh bermakna.

Majlis persandingan yang dihadiri oleh lebih 1,000 tetamu termasuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, berlangsung meriah di Kampung Pengantin, di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur, pada malam Ahad lalu.

Pasangan yang mula berkenalan ketika sama-sama belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selamat diijabkabulkan pada sebelah siangnya dengan dua kali lafaz disaksikan oleh ahli keluarga terdekat.

Diijabkabulkan oleh Imam Masjid Al Jamiul Ehsan Setapak, Ismail Wan Ahmad, rombongan ahli keluarga Anwar diketuai oleh bapanya, Abdullah Md. Isa dan ibunya, Hasma Ahmad membawa tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran sebanyak RM10,101

Ia kemudian di balas dengan sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Tepat jam 8 malam keseluruhan dewan Kampung Pengantin yang merupakan penaja jamuan dan lokasi, sudah dipenuhi dengan tetamu yang ternyata tidak sabar ingin melihat kedua-dua mempelai diarak memasuki dewan.

Pelamin sentuhan Izzuddin Karso dari Precious Moments berkonsep ala Inggeris menggunakan warna latar putih nyata begitu menyerlah dan unik dengan hiasan ranting dan bunga-bunga segar diselang-seli juraian hiasan kristal.

Tepat jam 8.30 malam, kedengaran bunyi paluan kompang, diiringi dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW mengiringi pasangan yang tampil bagai pinang dibelah dua memasuki dewan persandingan.

Hamparan karpet merah dan hiasan bunga -bungaan segar sepanjang laluan masuk ke pelamin mengiringi langkah mempelai yang sama cantik sama padan itu. Mereka turut diiringi oleh gadis-gadis cilik pembawa bunga.

Langkahan Anwar dan Noor Amiera nampak segak dan cantik dengan persalinan sut dan gaun panjang rona putih disulami manik merah jambu lembut .
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping