Jumaat, Jun 29, 2012


Korang bayangkan situasi korang macam ni. Satu hari, korang tengah bersiar - siar dengan isteri atau awek korang disebuah pusat membeli belah.

Hari tu hari Ahad, dimana semua orang cuti dan menghabiskan masa dengan keluarga masing - masing. Jadi, itu jugak la yang korang buat.

Sambil berpimpinan tangan, menyaksikan keadaan sekeliling dan mencuci mata, korang masuk ke sebuah kedai. Tapi, tak lama lepas tu korang keluar balik.

Al maklum la. Tengah bulan ni mana ada duit nak bershopping. Dapat kupon pun setakat RM 100. Tu pun entah apa la yang korang boleh beli.

Kupon tu pun tak cukup. Isteri atau awek korang tak dapat. Hanya ada beberapa orang yang tertentu je yang ada kupon tu. Yang lain kena songlap dengan Ketua Cabang.

Tengah korang asyik berjalan sambil 'Membeli Tingkap' (Window Shopping), korang terserempak dengan seorang awek yang berpakaian seksi.

Macam biasa, korang senyum la kat awek tu dan ingatkan dia tu Jurujual yang nak jual produk kecantikan kat isteri atau awek korang.

Bila awek tu bukak mulut je, dia pun cakap "Wah!!! Hebat betul You malam semalam ye. Tak pernah I enjoy sampai macam tu sekali. Maybe kita boleh jumpa lagi next week."

Sambil kenyit mata, awek berpakaian seksi tu pun terus beredar dan hilang dari pandangan korang. Yang korang pulak, terkebil - kebil cuba nak fikir apa benda yang awek tu cakap tadi.

Nah!!! Cuba korang bayangkan keadaan isteri atau awek korang yang masih ada kat sebelah korang masa tu. Apa agaknya perasaan dia ye? Rasanya, korang pun tahu apa jadi lepas tu.

Tapi hakikatnya, macam tu la taktik yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang main datang je tanpa diundang. Lepas tu buat la tuduhan yang bukan - bukan.

Penyudahnya, kita jugak yang kena jawab. Diorang 'blah' macam tu je. Yang sakitnya, kita jugak kena soal dan kena jawab dengan rakyat. 

Walhal, apa yang puak Pembangkang cakap tu tak pernah pun berlaku. Diorang main tuduh je ikut suka hati diorang. Sama ada tuduhan tu betul atau tidak, diorang peduli apa. Janji korang jugak la yang dapat masalah!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Hahaha.. Kalau nak samakan Pakatan dgn awek seksi tu memang jauh punggung dari api le... Pakatan boleh disamatarafkan dgn bapuk tua yg hodoh tapi membuat onar seperti cerita di atas.. muahaha.. sekian..

    BalasPadam
  2. mcm anjing salak bukit je...kesian ko..sesat dlm terang ni..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping