Jumaat, Jun 29, 2012




Itu satu soalan yang cukup pelik bila ditanya berkaitan dengan isu padang PKNS yang dirampas oleh pihak Kerajaan PKR Selangor baru - baru ini.


Satu Jawatankuasa SelCAT telah ditubuhkan untuk menunjukkan yang diorang ni prihatin terhadap rintihan rakyat di Kelana Jaya.


Semua orang tau yang penubuhan jawatankuasa tu hanya wayang untuk mengaburi mata rakyat semata - mata. Bukannya mampu nak mencapai sebarang keputusan pun


Hakikatnya, bukan pihak Kerajaan negeri sendiri tak boleh ambik tindakan. Kalau diorang betul - betul prihatin terhadap kehendak rakyat, status tu boleh ditarik balik.


Itu pun, KALAU diorang nak kekalkan status padang tersebut. Kalau ada niat lain, diorang tubuh la Jawatankuasa macam SelCAT ni. Boleh la lengah - lengahkan masa sikit.


Cuma yang peliknya, kenapa pulak dua orang pegawai dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya tu tergagap - gagap bila ditanya soalan oleh pihak jawatankuasa tersebut?


Tindakan mereka itu jelas menunjukkan yang ada sesuatu tidak kena dalam keputusan mengubah status padang PKNS tu sebelum ini.


Tindak tanduk dua orang pegawai tu menunjukkan yang mereka cuba menyorokkan sesuatu dari pengetahuan umum memandangkan ianya satu pendengaran awam.
SHAH ALAM - Cubaan Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditukar kepada zon komersil tidak berhasil hari ini.


Pengerusi Selcat bersama beberapa anggota Selcat lain cuba mendapatkan jawapan itu, namun usaha mereka gagal apabila bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Noraini Roslan dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ Faiwos Abdul Hamid dilihat sering berdolak dalik.
Nah!!! Sudah tentu ada benda yang tak kena. Kemungkinan diorang ni dalam keadaan yang serba salah. Kalau mengaku kang, diorang jugak akan dipersalahkan.


Kalau sebut pulak nama orang yang bertanggungjawab menukar status padang tersebut pun, diorang jugak yang akan dikenakan tindakan.


Jadi, tak salah kalau kita kata, dua orang pegawai MBPJ tu ada benda yang hendak disembunyikan dari pengetahuan rakyat. 


Perkara itu sewajarnya didedahkan kepada umum. Bukannya disimpan sampai ke sudah!!!! Jangan jadi macam isu DUMC yang sampai hari ni masih tak tau apa cerita sebenarnya. Kata nak dedahkan kepada umum tapi dah setahun, satu hapah pun tak didedahkan jugak!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. dua orang pegawai MBPJ hanya menjalankan tugas atas arahan JABATANNYA.dia tak bolih disalahkan kerana perkara ini adalah URUSAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR.ini adalah kesilapan rakyat negeri selangor kerana salah pilih kerajaan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping