Khamis, Jun 28, 2012


Haduhai!!! Memang jenis manusia tak malu betul la Si Nurul Izzah ni. Dia memang suka agaknya bila kainnya diselak depan khalayak ramai.

Tapi, apa nak heran ye tak. Sedangkan Papa dia pun jenis manusia yang tak de maruah, inikan pulak dia. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!!! 

Itu pasal la dia suka buat dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan terhadap pihak Kerajaan. Dulu kata Kapal Selam tak boleh menyelam. Sekarang tuduh benda lain pulak. Yang orang dok tuduh Papa dia tu, bila pulak dia nak jawab!!! Takkan nak buat bodoh je kot!!!
TEKS UCAPAN YB MENTERI PERTAHANAN BAGI MENJAWAB UCAPAN PENANGGUHAN YB LEMBAH PANTAI BERKAITAN ISU KOMISEN DAN PENJUALAN DOKUMEN RASMI KES KAPAL SELAM PADA 26 JUN 2012

Tuan Yang Dipertua,

Sekali lagi saya ingin maklumkan Dewan Yang Mulia ini bahawa kontrak Perolehan dua buah kapal selam BARU Scorpene telah ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS (Perancis) dan NAVANITA (Sepanyol) selaku pembekal kapal selam dan Perimekar Sdn Bhd sebagai Project Services Provider. 

Nilai kontrak ini ialah EURO 1.084 bilion. Skop kontrak ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Bahagian Pertama: Antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS ( Perancis ) dan NAVANITA ( Sepanyol ) merangkumi perolehan dua buah kapal selam jenis Scorpene, pakej Integrated Logistic Support (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam Scorpene. Nilai bahagian ini ialah EURO969.15 Juta.

b) Bahagian Kedua: Antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek dan pelatih pelatih kapal selam di Perancis dan Sepanyol. Nilai bahagian ini ialah EURO114.96 Juta.

Tuan yang di-Pertua,

Sekali lagi dinyatakan di Dewan Yang Mulia ini, Kementerian TIDAK PERNAH membayar sebarang bayaran komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana mana syarikat dalam perolehan Kapal Selam Scorpene. 

Perolehan kapal selam tersebut telah dibuat secara runding terus selaras dengan tatacara perolehan Kerajaan dengan Syarikat Pembuat iaitu Perancis dan Sepanyol yang telah mendapat persetujuan Kerajaan masing masing. 

Kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli dari Syarikat Thales International adalah TIDAK BENAR.

Kementerian Pertahanan TIDAK mempunyai sebarang maklumat mengenai DAKWAAN penjualan dokumen yang dikatakan RAHSIA oleh Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) kepada Syarikat Thint Asia ( Thales International ) yang didakwa bernilai EURO36 Juta. Kementerian juga TIDAK mempunyai maklumat DAKWAAN bayaran secara berkala daripada hint Asia kepada Syarikat Terasasi ( Hong Kong ) - seterusnya...
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. masalahnya semua tuduhan mereka dinafikan gitu saja tanpa mengambil sebarang tindakan undang2!!

    BalasPadam
  2. Kalau tak di ambil tindakan bermakna betul lah tu....

    BalasPadam
  3. tula, perkara ni diketengahkan diparlimen. ada kuasa khas yg menghalang dr tindakkan undang2 dibuat. hanya YDP dewan saje ada kuasa utk menghalang tu pun terbatas. perkara ni klu pihak kerajaan yg buat fitnah atau lakukan pun pembangka g x bleh amik tindakkan. sama la kes karpal singh kata YB pasir mas "Katak". org ckp karpal singah OKU. apa yg bleh buat hanya mohon maaf.

    BalasPadam
  4. Hari hujan pakai bikini
    Bawa sekali alat menyelam
    Apa heran dgn Nurul ni
    Ratu pembelit,pembohong dan putar alam!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping