Rabu, Ogos 14, 2013



Kerajaan negeri Kelantan akan mengenang jasa bekas Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru'.
Menteri besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Nik Aziz dan beliau bersetuju dengan cadangan itu.
“Semoga idea, pemikiran, ilmu yang selama ini dikongsikan oleh tuan guru sejak sekian lama termasuk di peringkat kerajaan selama 23 tahun dapat dikongsi bersama oleh orang ramai.
“Dengan cara ini, idea atau pemikiran tok guru selama ini sentiasa segar dan dapat dimanfaatkan untuk semua pihak sebagai teras kepimpinan ulama,” katanya.
Insitut itu, katanya, katanya akan memainkan peranan penting untuk menyebarkan konsep pentadbiran ulama.
Beliau berkata, bagi menjayakan hasrat itu Nik Aziz akan hadir di pejabat Kota Darulnaim seminggu sekali bagi membolehkan pelbagai pihak bertemu dengannya.
Pada masa yang sama, katanya, beliau juga akan menyampaikan kuliah agama sekali dalam setiap bulan.
Nik Aziz ketika ditemui berkata, beliau mengucapkan terima kasih pada kerajaan negeri kerana menubuhkan institut itu.
Katanya, penubuhan itu sebagai suatu penghormatan kerajaan negeri dan rakyat padanya.
“Insyaallah saya akan penuhi hasrat itu demi untuk Islam, kerana selagi saya hidup, selagi itu saya tetap akan berjuang untuk Islam, untuk masyarakat seluruhnya,” katanya.

Ps: Rejim PAS Kelantan ni memang dah ketandusan idea sendiri gamaknya. Tu pasal la diorang terpaksa 'bedah' otak Si Nik Aziz ni!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. ..hehe.. jgn lupa kaji kepala hotak & kepala lutut stopa ali zina sekali.. taqbir!..

    BalasPadam
  2. Elok sangat dah...

    Yang elok dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan, agar negeri Kelantan Darulnaim tidak terus diulit mimpi dalam suasana kemunduran.

    Semoga pengkaji punya daya kekuatan agar tidak terjangkit dengan penyakit yang paling sukar dihapus itu.

    BalasPadam
  3. AKU RAKYAT KELATE PUN TERKEJUT DENGAN CADANGAN TERSEBUT, PADA AKU LAH TAK PAYAH LAH DIBUAT INSTITUT TERSEBUT BUAT MEMBAZIR WANG RAKYAT SAHAJA,LAGI PUN KUALITI PEMIKIRAN SERTA IDEA NIK AZIZ TAK SEHEBAT MANA JIKA DIBANDING DENGAN PEMIMPIN LAIN,APATAH LAGI NAK DIBANDING DENGAN IDEA MAHATHIR.DARI APA YANG AKU PERHATIKAN NIK AZIZ LEBIH BANYAK MENGARUT DARI MEMBERI IDEA BERNAS,KALAU SETAKAT NAK KAJI OTAK SERTA IDEA DIA BERI FATWA SONGSANG TAK PAYAH LAH BUAT INSTITUT BUAT MEMALUKAN RAKYAT KELANTAN YANG WARAS SAHAJA.PADA AKU LAH LEBIH BAIK DIBUAT INSTITUT TOK KENALI DAN KAJILAH IDEA DAN ILMU BELIAU ITU LEBIH AFDAL DARI MENGKAJI IDEA POK NIK YANG TAK SEBERAPA ITU.......FIKIRLAH.....yang ikhlas MAMUD KOTA BHARU.

    BalasPadam
  4. Yang aku nak ketawa sangatnya POK NIK setuju nak buat institut tersebut..kah..kah..kah apalah perasaan dia nih..masuk bakul angkat sendiri,suka sangat dipuji dan dipuja dah lah seluruh ceruk bumi Kelantan penuh dengan gambar dia, tak cukup dengan itu ada sticker, ada selipar, ada t.shirt dan macam-macam cenderamata yang memaparkan wajah hensem nya....pelik sungguh.aku tak leh nak pikir....

    BalasPadam
  5. Kejang aku kejap dengar idea ni...Hehe. Atok ni kan bapa perpecahan. Siap nak ludah orang sema. Setiap kali dia buka mulut orang ramai (Islam) jadi keliru.Nak kaji ke otak dia ....alahai

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping