Rabu, Ogos 14, 2013


Sepanjang minggu lepas, SH banyak cerita pasal Si Nasa Tantawi ni. Mungkin ada yang terlepas pandang. Jadi, korang boleh baca kat sini.

Ada jugak SH siarkan artikel mengenai 'Surat Terbuka' yang kaitkan Si Nasa Tantawi ni dengan Lynas. Surat tu kata Si Nasa Tantawi ni ada terima dana dari kilang tu. (Klik Sini)

Tapi, isu itu dah pun dijelaskan oleh Si Nasa Tantawi dalam satu kenyataan yang turut SH siarkan sebelum ini. Si Nasa tu macam biasa menafikannya.
1. Terdapat satu artikel di The Malaysian Insider yang entah dari siapa tetapi menggunakan nama Mohamad Abdullah, melemparkan fitnah kepada saya dan Yb Ustaz Nik Mohd Abduh. 
Penulis mengemukakan surat terbuka kepada Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat al Mursyidul Am PAS, kononnya saya mendapat dana dari Kontraktor Lynas. Penulis pun sebut "dimaklumkan ...." soalnya siapa yang memaklumkan perkara itu kepada beliau?

2. Saya telah mengisytiharkan harta. Saya menyertai pilihanraya baru - baru ini dengan wang sejumlah yang telah saya isytiharkan sebelum dibantu oleh rakan - rakan. Wang deposit pilihanraya sejumlah RM15K tu pun dibayar oleh YDP PAS Kawasan. Jika tidak, hilang kelayakkan saya untuk bertanding. - seterusnya...
Nah! Dari kenyataan Si Nasa tu jelas menunjukkan bahawa 'Dia' tak terima bantuan dari kilang Lynas tu. Sebaliknya, dia banyak terima bantuan dari sahabat dia.

Mungkin 'Dia' tak terima bantuan tersebut. Tapi macam mana pulak dengan 'sahabat - sahabat dia' tu? Adakah mereka ada kaitan dengan Lynas?

Si Nasa Tantawi tu juga ada membuat pengakuan mengenai status kewangan dan mengishtiharkan harta yang 'Dia' miliki. Itu pengakuan 'Dia'. 

Macam mana pulak dengan sahabat yang membantu dia selama hari ini? Adakah 'Dia' berani membuat pengishtiharan harta yang mereka miliki?

Masa isu kilang Lynas tu dibangkitkan dulu, ada jugak cerita pasal pemimpin PAS yang dapat kontrak dari kilang tersebut. Dan ianya tidak dinafikan oleh pemimpin PAS.

Malah, ada juga pemimpin dikalangan PAS sendiri yang mengakui perkara tersebut. Sebab itu mereka tidak berapa setuju sangat dengan tindakan Himpunan Hijau sebelum ini.

Maka tak mustahil jika pemimpin PAS tu yang bagi bantuan kepada Si Nasa Tantawi ni. Kemungkinan pemimpin PAS yang dapat kontrak tu yang bagi dia bantuan.

Jadi, sekarang ni, Si Nasa Tantawi perlu menjelaskan kepada rakyat. Adakah benar spekulasi yang mengatakan bahawa pemimpin PAS pun dapat kontrak dari kilang Lynas ni? Kalau setakat cerita pasal 'Dia' je, baik tak payah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping