Ahad, September 08, 2013


Fuh!!! Hebat sungguh Ahli Parlimen yang tak cukup inci ni bercakap ek. Macam la dia tu 'Besar' sangat nak keluarkan arahan kepada orang lain. 

Kot kalau dia kena tenyeh kang, mau ada yang terkencing dalam seluar budak Sam ni dibuatnya. Selamba badak dia je nak suruh orang potong elaun.

Jika sebelum ini, Exco Rejim Pakatan Selangor dengan tegas menyatakan bahawa mereka tidak akan memotong elaun minyak mereka.

Kata Exco tersebut, perkara itu tidak perlu dilakukan kerana kenaikkan minyak tidak ada kaitan dengan Negeri. Yang naikkan minyak hanya Kerajaan Pusat.

Tapi dalam 'Arahan' terkini yang dikeluarkan oleh Si Sam Ketot tu lain pulak bunyinya. Dia dengan jelas 'mengarahkan' semua pemimpin Negeri buat benda yang sama.
Cara paling mudah untuk mengurangkan defisit negara dan membantu menjana ekonomi dengan memotong elaun minyak yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan perlu melibatkan semua pihak termasuk pimpinan peringkat negeri, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Malah, menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) ini, usaha tersebut mampu membuktikan bahawa pimpinan pakatan pembangkang juga turut membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat sekaligus sama-sama merasai kesan daripada kenaikan harga minyak.

"Saya juga mengharapkan pimpinan kerajaan negeri, kerajaan negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri Selangor dan juga Kelantan sewajarnya mengambil pendekatan yang sama (potong elaun). 

"Saya ingin tegaskan sewajarnya ianya ditekankan bukan sahaja kepada negeri Pakatan tetapi negeri-negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional juga harus mengambil pendekatan yang sama.

"Kerana ini adalah cadangan yang agak bernas dan positif sementara kita memberikan keprihatinan terhadap isu-isu pokok terhadap ekonomi," katanya kepada Antarapos
Erk! Boleh kita tanya sikit kat Si Sam Ketot ni tak. Dia beria - ia suruh orang potong elaun minyak, dia sendiri macam mana? Sanggup ke dia buat benda yang sama?

Mampu tak dia nak bagi elaun yang dia terima kepada rakyat supaya dapat membantu mengurangkan beban mereka? Kot kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan air liur je Sam Oi!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping