Hadeh!!! Memang macam dah nampak sangat dah masa depan Si Mat Syabun ni. Kiranya memang dah konfirm la dia tak dapat pertahankan kedudukan dia.
Sebelum ni, Nik Aziz keluarkan kenyataan. Sekarang giliran Ketua Dewan Ulama pula bersuara. Semuanya jelas memberikan isyarat kepada perwakilan.
Pemimpin yang berfahaman Komunis macam Si Mat Syabun tu perlu disingkirkan. Begitu jugak yang mengamalkan Pluralisme serta berhaluan Sosialis. Semuanya kena cantas!!!
Kalau pemimpin yang setakat tau bercakap besar atas pentas, baik tak payah!!! Buang masa je jadi pemimpin!!! Bab nak suruh bercakap berdegar - degar sambil memfitnah orang tak tentu arah tu, suruh Ostazah Pening pun boleh!!!
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menyokong penuh gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar jawatan Timbalan Presiden parti itu disandang oleh golongan ulama.Harun berkata, ini kerana, pemilihan ulama sebagai pemimpin nombor dua tertinggi parti itu amat bertepatan dengan matlamat serta dasar Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak dulu dan selamanya.Malah, jelas beliau, dalam Islam itu sendiri telah memberikan gambaran bahawa kebanyakan segala apa yang dilakukan dan usaha menegakkan syiar Islam adalah lebih ditunjangi peranan para ulama, termasuklah dalam Pas.Jelas beliau, begitu juga bagi Pas, semua pihak mengetahui kebanyakan perkara yang dilakukan dalam parti terutama bagi menggerak dan menentukan hala tuju perjuangan Islam Pas adalah hasil komitmen golongan ulama."Saya sokong kenyataan beliau (Nik Abdul Aziz), sebab untuk memimpin parti Pas yang memperjuangkan dasar serta matlamat perjuangan Islam, pemimpin kalangan ulama tidak diketepikan, sebaliknya sangat diperlukan."Sama juga kalau kita nak ambil pemandu, dia (pemandu) kena mahir selok-belok memandu dan tahu ikut jalan mana sekalipun. Kalau di jalan berselekoh, dia pergi pandu terus macam di jalan lurus, susah lah kita," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.