Halahai!!! Tak pelik la kenapa Ahli Parlimen Shah Alam tu kena tenyeh baru - baru ni. Rupa - rupanya kenyataan dia tu nampak sangat wayangnya. Setakat nak tunjuk yang dia tu 'Hero' la sangat.
Sebelum ini, seorang ADUN dari Barisan Nasional menempelak kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad kerana dianggap hanya omongan kosong dan tidak ada tindakan Pro Aktif yang diambil.
Kata ADUN tersebut, adalah satu perkara yang mustahil bagi Khalid untuk tidak mengetahui mengenai isu kenaikkan caj lesen perniagaan yang dikenakan oleh pihak MBSA.
“Mustahil Khalid tidak mengetahui perkara ini sebelum ia dinaikkan. Lagipun ahli-ahli majlis terdiri daripada orang-orang parti dia juga. Jadi dia mesti sudah tahu perkara ini, kenapa lepas dinaikkan baru bersuara?,” katanya apabila dihubungi hari ini. (KLIK SINI)
Dalam kenyataan Khalid sebelum itu, dia jelas menyifatkan bahawa tindakan Rejim Pakatan Selangor lebih kejam jika hendak dibandingkan dengan apa yang dibuat oleh pihak Kerajaan Pusat.
Kata Khalid, sekurang - kurangnya pihak Kerajaan Pusat memberikan tempoh untuk melaksanakan GST bagi memastikan rakyat faham dengan penjelasan yang diberikan.
Maka, memang kita boleh buat kesimpulan bahawa Si Khalid Samad tu hanya sekadar bermain kata - kata untuk menunjukkan diri dia seorang 'Hero' yang memperjuangkan rakyat.
Jika dia benar - benar prihatin terhadap nasib yang menimpa rakyat disekitar kawasan dia sendiri, kenapa dia tak buat petisyen? Kenapa dia tak buat bantahan secara terbuka?
Sebagai seorang Ahli Parlimen, kenapa Si Khalid Samad tu hanya berani bersuara didalam laman media dan tidak menzahirkan pandangan dia kepada pihak Rejim Pakatan Selangor?
Kalau dengan Kerajaan Pusat, pandai pulak dia nak suruh rakyat buat bantahan dengan mengadakan Himpunan dan sebagainya. Tapi dengan Rejim Pakatan, kenapa dia takut?
Itu pasal la orang tenyeh Si Khalid Samad ni dan menyifatkan dia hanya sekadar pandai bercakap je. Tapi hakikatnya, satu hapah kerja pun dia tak buat. Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah mengabihkan masa!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.