Kalau bab memandai - mandai ni, serah aje la pada diorang. Memang diorang hebat dalam bab itu. Nak pulak jika ianya melibatkan 'kajian - kajian' tertentu.
Kalau baca tajuk, bukan main lagi. "62% Rakyat Malaysia Tolak GST". Tapi realitinya, hanya 1009 orang sahaja yang terlibat dalam kajian yang dijalankan.
Malah jumlah responden yang dibuat tu pun jelas tak sampai 1 peratus dari kalangan mereka yang hadir dalam perhimpunan semalam.
Itu pun masih ada lagi 33 peratus responden yang terlibat dalam kajian tersebut tak faham pun apa yang yang dimaksudkan dengan GST tu sendiri.
Jangan ditanya la sama ada diorang faham atau pun tidak cara dan kaedah perlaksanaan GST tu. Kalau ditanya, lagi la diorang tak tau apa - apa.
Jadi, bagaimana mungkin data serta hasil kajian yang dijalankan oleh diorang ni dapat diterima pakai dalam membuat sebarang tuntutan kepada pihak Kerajaan?
Itu membuktikan kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre ni Merepek belaka. Setakat nak buat kajian untuk membodohkan diri sendiri buat apa? Mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
Semalam, kira-kira hampir 20 ribu orang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka untuk membantah pelaksanaan cukai tersebut oleh Putrajaya yang akan berkuatkuasa 1 April, 2015.
"62% responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, jelas menunjukkan walaupun hasil yang akan diperoleh daripada cukai pengguna tersebut, kebanyakan orang awam tidak menyokong pelaksanaannya," kata penyelidik bebas itu.
Selari dengan kaji selidik tersebut, sebanyak 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak.
"Pandangan tersebut lazimnya datang daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, sekitar kawasan pedalaman dan di kalangan wanita," kata Merdeka Center.
Kaji selidik tersebut dijalankan oleh Merdeka Center sekitar 12 hingga 21 April.
Daripada kaji selidik itu, 1,009 responden yang juga pengundi adalah 60% Melayu, 31% Cina dan 9% India serta dijalankan menerusi panggilan telefon.
Di mana mana negara pun, sebelum GST diperkenalkan, ada puak puak yang membangkang. Tetapi setelah diperkenalkan, semuanya berjalan lancar dan berkesan. Di luar negara, puak puak yang membangkang memberi hujah hujah yang berkesan dan pihak kerajaan memberi penjelasan. Akhirnya, semua settle.
BalasPadamTetapi di Malaysia, lain citer. Pembangkang mengunakan GST untuk mengenengahkan agenda 1) anwar 2)DAP......Tidak ada kena mengena dengan kebaikan untuk Malaysia ataupun kaum Bumiputera. Anwar seperti biasa akan menipu dan memfitnah selagi mulut boleh bersuara. Itu saja cara beliau tahu bila berpolitik.
Tetapi, seperti lain lain projek yang menerima bantahan pembangkang tetapi akhirnya terbukti berjaya.....seperti KLIA1/2, Lebuhraya Utara/Selatan, Penang Bridge1/2, Petronas Towers, Sepang, dan lain lain....GST juga akan terbukti memberi kebaikan untuk Malaysia.
Alhamdulillah.
Betul..beruk2 PR kena tnjukkan bukti depan mate bru nk percaya..mereka lebih suke melihat drpd menilai menggunakan akal..Macai PR iQ rendah..
BalasPadam