Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali mengingatkan kepimpinan Pas agar jangan menjadikan hukum Allah sebagai permainan dan senjata politik untuk meraih sokongan bangsa Melayu dan umat Islam di negara terhadap parti tersebut.
Berdasarkan kenyataan Teresa Kok yang dilaporkan di dalam sebuah portal Pro Pembangkang, Pas mengambil inisiatif untuk melaksanakan hudud hanyalah semata-mata bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu.
“Jika benar apa yang dikatakan oleh Teresa itu, Pas ternyata tidak benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum Allah.
"Malah, Pas mempergunakan pula hukum Allah itu sebagai umpan untuk menarik sokongan orang Melayu demi kepentingan politik mereka dan bukannya kerana Allah semata-mata.
“Jika inilah yang diterangkan oleh Pas dalam pertemuan mereka dengan wakil-wakil kepimpinan DAP dan PKR baru-baru ini, ternyata Pas masih lagi tetap menjadikan agama sebagai modal politik untuk meraih sokongan bangsa Melayu.
"Macam mana Pas mahu dapat redha Allah jika inilah niat mereka yang sebenar di sebalik isu hudud yang mereka uar-uarkan kepada rakyat di negara ini,” tegas beliau.
Jelas beliau lagi, sikap Pas yang menggunakan agama sebagai perbuatan politik merupakan perbuatan tercela dan sikap mereka ini memperlihatkan dakwaan dan kenyataan di mana Pas menggunakan agama sebagai umpan politik mereka ternyata benar.
Pendedahan Teresa Kok itu merupakan satu bukti bahawa selama ini, Pas mempermain-mainkan agama dengan meletakkan hukum Allah itu hanyalah sekadar satu modal retorik politik untuk meraih sokongan rakyat.
Pas sememangnya sudah lama berselindung disebalik jubah agama mereka dengan menjual ayat-ayat Quran serta hukum Allah untuk mendapatkan kuasa politik. Kononnya dengan adanya kuasa, barulah boleh menegakkan hukum Allah.
Di Kelantan, rang udang-undang Hudud telah pun di luluskan oleh Dewan Rakyat negeri Kelantan sejak tahun 1990-an lagi, namun sehingga ke hari ini, tidak ada sebarang usaha Pas untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut.
Persoalannya, kenapa baru hari ini Si Nyonya Kok tu nak dedahkan mengenai perkara tersebut sedangkan hakikatnya dia dah lama tau mengenainya?
Kemungkinan sebab dia dah terlalu bengkak dengan PAS kerana engkar dan enggan mendengar pandangan serta desakan yang dibuat oleh DAPigs.
Maka sebab itu DAPigs mendedahkan perkara tersebut terang - terangan sedangkan selama hari ini ianya sengaja disembunyikan dari pengetahuan umum.
Realitinya, Hudud ni perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada Melayu Islam semata - mata kerana Islam itu ADIL. Kalau sekadar nak buat untuk dapat undi Politik, baik tak payah buat. Mengabihkan masa je!!!
dulu nak provoke supaya melayu gaduh ngan melayu tak menjadi. sekarang nak provoke melayu gaduh dgn cina pulak? gila punya olang.
BalasPadamdulu nak provoke supaya melayu gaduh ngan melayu tak menjadi. sekarang nak provoke melayu gaduh dgn cina pulak? gila punya olang.
BalasPadamUmat akhir zaman..yg mersakkan agama ialah org yg cerdik agama..ahlul PAS kmu tnggung dosa ini smp kiamat..
BalasPadamProvoke lah macamanapun, pemimpin Pakatan tetap bersatu menentang Barisan.
BalasPadamLagi rajin provoke lagi rakyat ingin tahu. Lagi cepat mereka sedar Barisan tu kerja menipu dan adu domba.
Budak sekolah pun dah kenal pemimpin2 Pakatan.