Heh!!! Kalau dah buat kesilapan tu, mengaku je la. Tak payah la dia nak buat cerita yang bukan - bukan dengan memberikan alasan yang tak tentu arah.
Cukup setakat dia mintak maaf dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan dengan mempertikaikan Kuasa Eksekutif MAIS dan bersikap biadap terhadap Tuanku Sultan.
Tapi disebabkan Si Khalid Samad ni jenis manusia yang suka buat salah tapi tak nak mengaku, maka dia buat la alasan yang bukan - bukan.
Kata Si Khalid Samad ni, dia tak berniat pun nak cabar kuasa Sultan. Tapi sebaliknya dia cuba nak melindungi institusi Raja tu dari terus dijadikan bahan kritikan.
“Cadangan ini dikemukakan kerana MAIS selalu menimbulkan masalah dari sudut perlaksanaan yang bertentangan dengan kerajaan negeri," katanya kepada pihak media.
Soalnya, masalah yang ditimbulkan oleh MAIS tu adalah demi untuk menjaga kepentingan dan kesucian agama Islam. Itu tugas dan tanggungjawab utama MAIS.
Perkara tersebut sewajarnya difahami oleh Si Khalid Samad tu secara terang dan jelas. Namun, dia cuba jugak nak mengubah persepsi orang terhadap perkara tu.
Isunya sekarang, Si Khalid Samad tu bukan tak tau nak membezaan diantara peranan MAIS dan pihak Kerajaan Negeri. Mana boleh dia nak samakan MAIS dengan DUN.
MAIS bertanggungjawab dalam menjaga kesucian agama Islam dari dicabar oleh orang luar sepertimana yang telah berlaku sebelum ini. Dengan isu DUMC hingga isu Alkitab.
Manakala DUN mengambil kira semua pihak yang terlibat memandangkan DUN merupakan suara wakil kepada rakyat yang mengundi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.
Biar pun DUN mewakili suara rakyat, namun itu tidak bermakna mereka boleh melakukan apa saja mengikut kehendak mereka sesuka hati dan meminggirkan kesucian Islam.
Maka dalam hal itu, Khalid perlu faham mengenai tugas utama MAIS dan peranan yang dimainkan oleh badan tersebut. Sebab itu Tuanku Sultan mengingatkan kepada Khalid:
"Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor."
Nah!!! Takkan itu pun Si Khalid Samad tu masih tak faham jugak? Sepatutnya sebagai seorang Ahli Parlimen, Si Khalid tu perlu sedar diri sendiri dan bukannya cuba nak menegakkan benang yang basah!!!
Biasalah dikalangan totot Pas yang terang lagi bersuluh nak di ubah asalkan berpihak kepadanya. Apalah malang nasib ahli politik pas diangkat yang bodoh sombong menjadi pengaturcara di dalam banyak hal. Hancurrrrrrrrrr.
BalasPadamMalas la komen pasal Khalid bebal ni.
BalasPadamdah kelam kabut lah tu kalau betul kenapa selalu buat sidang akhbar.pergi saja berbinchang baik baik ni macham pengangak dekat selangor PASTILAH SULTAN MURKA. DAULAT TUANKU.
BalasPadam