Seorang anak pulang ke kampung sambil mengheret beg ala Akademi Fantasianya menuju teratak usang ibu dan ayahnya. Riak mukanya agak pucat, tapi dalam hatinya bangga.
Sampai depan muka pintu, Si Ibu bertanya, "Kenapa kamu pulang hari ni, Along? Dah mula cuti semester ke?" Dengan muka sungul Si Anak jawab, "Belum."
Tak lama kemudian, Si Ayah pun pulang dari menoreh getah dikebun orang. Soalan yang sama juga diajukan kepada Si Anak, "Hah! Bila kamu balik? Dah cuti semester ke Along?"
"Belum lagi ayah. Sekarang ni semua student tengah periksa. Tapi, Along dipaksa balik," jawab Si Anak sambil menghempaskan badannya diatas kerusi rotan yang dah hampir patah.
"Pulak dah! Kenapa pulak kamu kena paksa balik? Ada apa - apa yang tak kena ke dengan tempat belajar kamu tu?" soal Si Ayah dengan penuh curiga.
"Bukan Ayah. Malam Isnin lepas, Along ikut budak - budak Majlis Perwakilan Pelajar buat demonstrasi depan Universiti. Sampai roboh pagar tu kitorang buat," jelas Si Anak.
"Kamu buat demo untuk apa? Untuk kebaikkan pelajar? Atau untuk meningkatkan mutu tempat kamu belajar?" soal Si Ayah yang mula kelihatan agak terkejut.
"Tidak. Kami berdemo untuk menentang Kezaliman Kerajaan, mendesak agar ditegakkan Keadilan, dan menuntut Kebebasan dikalangan pelajar untuk menyokong parti Politik."
Demikian tegas Si Anak kepada Si Ayah. Lalu Si Ayah bertanya, "Untuk siapa kamu lakukan semua tu? Untuk kamu sendiri atau pun untuk keluarga?" soal Si Ayah yang mula kecewa.
"Kami buat untuk membela Anwar Ibrahim. Kami lakukan demi membersihkan Politik Kotor yang dilakukan oleh pihak Kerajaan terhadap Pak Sheikh." jelas Si Anak lagi.
Lalu Si Ayah bangun dan kemudian berlalu pergi tanpa berkata sepatah pun kepada Si Anak. Si Ibu kemudian bertanya kepada Si Anak, "Berapa lama kamu dipaksa tinggalkan Universiti Along?"
"Dah kena buang pun," kata Si Anak dengan nada selamba. GEDEGANG!!! Tiba - tiba, terdengar bunyi kuat seumpana orang jatuh didalam bilik atas, tempat dimana Si Ayahnya tuju tadi.
Bayangkan la. Hasrat ayah dan ibu dikampung menghantar anak - anak ke Universiti adalah dengan harapan tinggi agar anaknya dapat mengubah nasib keluarganya dimasa akan datang.
Tapi akhirnya, Si Anak hanya sekadar jadi Barua orang lain. Berbaloi ke ayah dan ibu berhempas pulas mencari nafkah untuk membantu Si Anak sambung belajar? Beruntungkah ayah dan ibu dikampung bila anaknya pulang dengan tangan kosong? Korang fikir la sendiri!!!
Hmm... entahlah... kalo kepala (baca jerung) MPP tu kena buang takpe gak (sebab klu logiknya ada ke yg nak buat kerja2 gila tapi tak dibayar dengan apa2?) tapi kesian yang bilis2 ni, ikut geng tapi kena buang percuma... Satu lagi, Kebebasan Akademik yg dilaung2 diorang ni apa maksudnya di jiwa diorang, sampai sekarang aku pun tak faham.
BalasPadamBodoh kerana orang lain, cerdik untuk orang lain...sendiri...????
Padamyang mana dah terasa ada gamba sendiri yg diambil malam tadi ... bersedia la
BalasPadamlepas .. Akta 336 .. Akta Vandalisme 1991 ... Akta Perhimpunan Aman 2012
untuk student U pulak ..AUKU dan tambahan ... "akta kaki tangan mak bapak korang"
buduhhhhhhhhhhhhhhhh ......... !!!
Hari ni kena buang, esok anwar amik balik masuk kursus jd doktor dan diberi pendidikan percuma. Kononnnya laaa....
BalasPadamUM perlu ambil tindakan tegas selaras dgn AUKU dan kaedah tatatertib kpd pelajar terlibat. Bertegaslah..
BalasPadamBodo tahap gaban
BalasPadamAnon 12:32.. bro selain dari Akta FaMa (Father Mama) jangan lupa PTPTN, CCRIS, Larangan ke luar negara dll... budow bertingkek tingkek dorang ni..
BalasPadamcer tgk peratusan pelajar yang dilepaskan dari hutang PTPTN sebab mendapat 1st class.. lebih kurang 80% anak anak cina diberikan pelepasan tersebut sbb 1st class.. anak anak melayu? sibok dengan keje keje bodow cenggini..selagi Anot tak masuk dalam makin ramai la anak anak melayu menjadi bodow,,