Nur Farhana Mohd Anuar |
Apa salah yang telah dia lakukan sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya semalam sehingga membuatkan ramai pihak rasa kurang senang dengannya? Itu persoalan yang ditimbulkan.
Hakikatnya, apa yang dinyatakan oleh anak gadis bernama Farhana tu memang betul. Blogger Pro UMNO ni memang lambat untuk menjawab isu berkaitan dengan Rosmah Mansor.
Dari satu sudut, kekangan rangkaian 'Viraliti' blogger Pro UMNO itu terhad. Itu memang satu realiti yang diperakui. Blogger Pro UMNO ni memang kurang mendapat input yang jelas.
Bahkan hampir semua blogger Pro UMNO di Malaysia ini menjalankan tugasan mereka setiap hari tanpa mengharapkan sebarang habuan mahu pun penghargaan dari mana - mana pihak.
Soalnya, anak gadis ini faham atau tidak apa yang cuba dipertahankan oleh blogger Pro UMNO di Malaysia hari ini? Adakah dia faham prinsip yang cuba diketengahkan oleh mereka?
Bagi blog ini sendiri, prinsip utama dalam penyebaran artikel adalah berlandaskan kepada KEBENARAN. Itu satu isu penting yang perlu diketengahkan dan perlu diberi perhatian.
Tujuan blog ini dibuka adalah untuk meningkatkan Paradigma disamping menjawab segala Dakyah Pembohongan yang dilemparkan oleh Pakatan Haramjadah terhadap Kerajaan.
Selain itu, blog ini mengambil pendirian untuk mempertahankan INSTITUSI dan bukan hanya menumpukan kepada kepentingan INDIVIDU tertentu semata - mata. Itu satu lagi aspek yang cukup penting.
Beza diantara INSTITUSI dan INDIVIDU itu satu konsep yang perlu difahami dengan lebih mendalam oleh semua orang, termasuk Si Anak Gadis Muda yang belajar di Moscow itu sendiri.
Datin Seri Rosmah Mansor itu hanya INDIVIDU. Malah Datuk Seri Najib itu juga hanya dianggap INDIVIDU. Tetapi Perdana Menteri Malaysia itu merupakan satu INSTITUSI yang menjadi tonggak Negara.
Jadi, yang mana lebih penting? Mempertahankan INDIVIDU atau pun mempertahankan INSTITUSI? Jika Nur Farhana nak mempertahankan INDIVIDU tak salah, silakan. Malah kita amat mengalu - alukannya. Sama - sama kita doakan semoga dia berjaya!!!
Inilah salah satu contoh kebangangan golongan muda yang konon2nya pandai la sangat
BalasPadam