Hehehe... BODOH sungguh Si KeTUM tu rupanya ye... |
Memang malang sungguh nasib Si Ketua Penipu ni. Sudah la barisan peguam upahan dia GAGAL untuk menjalankan tugas dengan baik, masalah lain pulak yang datang melanda.
Kini Si Ketua Penipu tu berada dalam keadaan yang tak terkeruan apabila anak buah kesayangannya sendiri sudah mula menunjukkan belang sejak dipilih menjadi Menteri Besar.
Hajat Si Ketua Penipu tu nak melaksanakan Teori Chaos nampak gayanya menemui keGAGALan apabila Si Azmin tu jelas tidak memenuhi kehendak yang dituntut sebelum ini.
Niat Si Ketua Penipu tu adalah untuk 'Mencipta Masalah' dan kemudian dia datang untuk 'Menyelesaikannya'. Namun, masalah yang dicipta itu nampak gayanya masih tak selesai jugak.
Ianya berkaitan dengan beberapa tuduhan yang sebelum ini dilemparkan terhadap Khalid Ibrahim yang perlu diselesaikan segera supaya tidak timbul sebarang permasalahan dimasa akan datang.
Yang pertama, Si Ketua Penipu tu suruh Si Azmin selesaikan isu mengenai perjanjian air yang telah dimeterai dengan pihak Kerajaan Pusat. Isu itu yang paling penting bagi Si Ketua Penipu tu.
Malah dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini, Si Ketua Penipu tu kata ada beberapa individu tertentu yang akan mendapat keuntungan peribadi dari perjanjian tersebut.
Namun dia tidak mahu menamakan siapa mereka yang terlibat. Sebaliknya, dia berharap agar Si Azmin tu sendiri yang akan mendedahkannya kepada umum dalam masa terdekat.
Yang kedua ialah mengenai pembinaan Lebuhraya KIDEX yang sebelum ini mendapat bantahan dari kalangan rakyat sekitar kawasan Petaling Jaya. Isu itu juga turut dibangkitkan oleh DAPigs.
Katanya, isu mengenai pembinaan Lebuhraya tersebut tidak mendapat persetujuan dari kalangan rakyat dan ianya akan menambahkan kesesakan lalu lintas disekitar kawasan tersebut.
Dan kerana itulah Si Khalid Ibrahim tu telah dipecat dari PKR dan perlu digugurkan. Alasannya sebab Si Khalid Ibrahim tu tak mendengar 'Suara Rakyat' dan tetap berdegil mahu meneruskan pembinaan tersebut.
Tapi malangnya, selepas dua tiga bulan Si Azmin tu pegang jawatan, satu pun isu yang dibangkitkan sebelum ini tidak ditunaikan. Sebaliknya, dia hanya dilihat mengambil tindakan sendiri.
Sebelum ini, dia kata perjanjian air diantara Selangor dengan Kerajaan Pusat perlu diteruskan demi kepentingan rakyat. Semalam, isu berkaitan pembinaan Lebuhraya KIDEX pun begitu juga. (Klik Sini)
Nah! Itu membuktikan bahawa Si Azmin tu telah membelakangkan pendirian yang telah dibuat oleh PKR sebelum ini sehingga menyebabkan Si Khalid Ibrahim tu dipecat keahliannya. Persoalannya sekarang, adakah Si Azmin tu jugak akan dikenakan tindakan? Korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.