Isnin, Januari 19, 2015

Hahaha!!! Tersalah jolok jugak Si Tokong DAPigs ni rupanya. Meroyan pulak dia dengan akhbar - akhbar berbahasa Cina yang terus mempertikaikan isu jawatan isterinya sebelum ini.

Lepas ni Si Guan Eng tu nak buat apa pulak? Adakah dia nak dakwa akhbar - akhbar berbahasa Cina tu sebagai alat kepada Barisan Nasional dan memboikot mereka secara terbuka?

Kalau sebelum ini, Si Guan Eng tu kata akhbar - akhbar berbahasa Melayu semuanya agen Kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional yang sengaja menabur fitnah terhadap dirinya.

Sekarang, dengan membangkitkan isu mengenai jawatan isterinya dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) melalui akhbar mereka, adakah mereka juga sudah menjadi agen BN?

Apa yang pasti, pihak akhbar berkaitan dilihat cuba untuk mencari kebenaran dan bertanyakan soalan tersebut kepada Si Guan Eng tu sendiri. Tapi kenapa Si Guan Eng tu nak marah?

Kenapa dia nak melenting dan membuat dakwaan yang bukan - bukan terhadap orang lain serta tidak menjawab soalan yang dibangkitkan mengenai jawatan yang disandang oleh isterinya itu?

Tidakkah itu membuktikan bahawa Si Guan Eng tu seolah - olah cuba untuk menutup kemaluan dirinya sendiri dari terdedah kepada orang ramai sedangkan perkara tu dah berlaku.

Kesimpulannya, Si Guan Eng tu sebenarnya telah dimalukan oleh pihak akhbar Cina yang selama ini cukup dibangga - banggakan oleh dirinya sendiri. Jadi, untuk menutup kemaluan yang didedahkan, maka sebab itulah dia meroyan tak tentu arah dan salahkan orang lain!!!
PULAU PINANG 18 Jan. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditempelak kerana terus menyalahkan pihak lain ter­utama Barisan Nasional (BN) dan media arus perdana setiap kali ter­babit dalam isu yang tidak menye­belahi beliau.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, Guan Eng sepatutnya mencermin diri terlebih dahulu dan melihat kesalahan sendiri sebelum bertindak menuding jari kepada pihak lain terutama media arus perdana yang didakwa kononnya prokerajaan.

Dalam isu membabitkan isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Betty Chew, Chang Yeow berkata, perkara tersebut banyak didedahkan media yang selama ini dilihat propembangkang  bukannya media arus perdana.

“Malah, BN negeri sendiri tidak berminat dengan isu pelantikan Betty dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) meskipun selepas media mendedahkan perkara berkenaan. Jadi, mengapa Guan Eng menuding jari kepada BN negeri dan media arus perdana kononnya mensensasikan isu tersebut?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. U ULANG I SAMAN. MANA ADA TIPU. INI MUTUT PUNYA......

    BalasPadam
  2. U ULANG I SAMAN. MANA ADA TIPU. INI MUTUT PUNYA......

    BalasPadam
  3. Lim Guan Eng naik loktang pasal hantu bukit cina dah meresap kat badannya. Haiya jangan kacau lah. Latok tengah setim mah.

    BalasPadam
  4. Alaa Tok Kong...jolok sikit2 saja maaa....tak dak luak punya.....Lu punya RBA jolok isteli olang...okay saja maaa.....hai yaa....sap-sap-suei saja lah....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping