Rabu, Januari 21, 2015

Mahu atau tidak, itu yang diperkatakan dikalangan rakyat yang suka bersembang dikedai kopi. Memang itu yang sedang difikirkan oleh mereka yang anggap diri sendiri 'Pakar'.

Kesimpulan mudah itu dibuat apabila mereka rancak bersembang dikedai mamak mengenai isu - isu semasa sewaktu menghabiskan waktu selepas solat berjemaah di masjid dan juga surau.

Ianya muncul apabila satu status yang dimuat-naikkan oleh Si Saiful Bukhari sebelum ini berhubung isu yang diberi 'Penekanan' oleh pihak TV3 terhadap puak - puak Pakatan Haramjadah tu. (Klik Sini)

Kata mereka, mungkin pendedahan yang dibuat oleh Si Saiful Bukhari tu dibuat kerana pihak TV3 pada ketika ini sedang 'bersiap sedia' untuk 'menerima Kerajaan Pakatan' yang baru.
"Maklum la. TV3 tu kan tv swasta. Dah tentu - tentu mereka mencari perkara yang hanya akan menguntungkan mereka. Pendedahan sedemikian menarik perhatian".

"Nak pulak apabila ianya berkaitan dengan pemimpin yang mempunyai profail tinggi seperti Tun Daim. Dah tentu diorang akan buru cerita tu sampai kelubang cacing".

"Lagi pun, sekarang ni mungkin TV3 dah dapat melihat kepincangan didalam Kerajaan pimpinan Datuk Najib. Jadi, diorang tengah bersiap sedia nak terima Kerajaan baru".
Dari satu sudut, pandangan yang mereka berikan tu memang logik akal berdasarkan kepada fakta, TV3 sebuah saluran tv swasta. Maka tak pelik kalau diorang cari 'dahan baru' untuk berpaut.

Nak pulak bila diorang tengok dahan sedia ada pada ketika ini semakin hari semakin rapuh. Jadi, diorang ambik langkah untuk mula bergantung kepada dahan baru yang dianggap kukuh.

Tapi, dari satu sudut, pandangan yang diberikan tu hanya sekadar pandangan dikalangan rakyat diperingkat bawahan. Jadi, ianya tidak ada sebarang signifikan dalam dunia realiti sebenar.

Seperti mana yang kita sendiri sedia maklum. Dunia hari ini banyak berkitar pada persepsi yang dicetuskan melalui status di media sosial. Malah, media arus perdana pun turut terlibat sekali.

Tambahan pulak, TV3 sejak kebelakangan ni memang dilihat banyak sangat memberikan ruang dan peluang kepada puak - puak Pakatan Haramjadah tu muncul dikaca televisyen dengan dakwaan yang dibawa.

Soalnya, adakah dakwaan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu mempunyai nilai berita? Atau adakah ia hanya sekadar mampu untuk menarik nilai komersial semata - mata?

Kesimpulannya, pihak TV3 sendiri perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut dan memperbaiki persepsi yang pada ketika ini sedang hangat diperkatakan oleh rakyat diperingkat bawahan.

Mereka perlu menjelaskan, kenapa diorang beria - ia sangat nak serang Tun Daim dan memaparkan dakwaan - dakwaan yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu? Itu pun kalau mereka masih mahu dianggap relevan. Kalau tidak, lupakan saja la!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Kita nak cadangkan pada Tun Daim , beli sahaja shama meida prima dan tutp TV3 lepas tu buka saluran TV baru

    BalasPadam
  2. Pada pandangan aku..TV3 sudah kekurangan dana sbb tu byk sangat iklan dan cuba tarik perhatian org ramai..dari pagi sampai tghari dah jadi macam TV iklan ..tak abis2 promo barang jualan..

    BalasPadam
  3. Pernahkah puak-puak yang berkepentingan dalam TV3 terfkir bahawa Tun D boleh dan MAMPU membeli Media Prima lock, stock and barrel?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping