Isnin, Januari 19, 2015

Seorang wanita yang berasal dari Melbourne, Australia mengambil tindakan menyaman syarikat penerbangan AirAsia selepas insiden pramugari terjatuh di atasnya sehingga mencederakan kaki.

Erin Crocker,36, menaiki pesawat tersebut dari Thailand pada 4 April tahun lalu ketika penerbangan berdepan dengan masalah gegaran udara sebelum dia terjatuh ke lantai.

Pramugari terbabit hilang pertimbangan dan jatuh ke atas kaki kanan Croker sehingga mendatangkan kecederaan dan memerlukan rawatan pembedahan, jelas laporan Herald Sun.

Croker mengalami keretakan tulang, kecederaan ligamen dan pembentukan darah beku sehingga memaksa dia bercuti panjang.

Dia menuntut ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan, hilang keselesaan hidup, perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan, kata laporan itu .

Sebelum itu, Crocker dilaporkan menolak tawaran pembayaran daripada syarikat penerbangan itu  kerana mengambil iktibar daripada insiden penerbangan AirAsia Indonesi Qz8501 pada 28 lalu.

"Crocker tidak mahu meneruskan tuntutannya apabila dia mengetahui mengenai kemalangan QZ8501, tetapi kini dia bertekad untuk berjuang," jelas peguamnya, Nancy Yonan. AirAsia tidak memberi respons terhadap laporan itu.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping