Isnin, Januari 19, 2015

Akhirnya, teka-teki mengenai lagu yang dinobatkan sebagai Juara Lagu 29 terjawab jua! Baru sebentar tadi, lagu berjudul ‘Apa Khabar’ yang didendangkan oleh Joe Flizzow dan SonaOne telah diangkat sebagai Juara Lagu 29, sekaligus membawa wang tunai bernilai RM 50,000 berserta trofi.

Sementara itu, gelaran Naib Juara pula disandang oleh lagu berjudul ‘Masih Aku Cinta’ ciptaan sepenuhnya Shila Amzah yang berjaya membawa pulang RM35,000 berserta trofi. Tidak pulang dengan tangan kosong, lagu berjudul ‘Di Pintu Syurga’ dendangan Dayang Nurfaizah pula di tempat ketiga sekaligus meraih RM 20,000.
Manakala, persembahan terbaik pula dirangkul oleh Mojo dan Caliph Buskers dengan habuan sebanyak RM12,000. Selain itu, anugerah yang paling dinantikan oleh para finalis, iaitu Vokal Terbaik pula diberikan kepada Dayang Nurfaizah yang ternyata memukau para penonton dengan vokalnya yang mantap.

Mengangkat tema ‘Gema Dalam Muzik’, Anugerah Juara lagu 29 (AJL 29) kali ini mempertaruhkan 12 buah lagu terhebat daripada penggiat seni tanah air.

PS: Nampak gayanya, gimik Si Shila Amza yang sebelum ni sibuk kata nak tarik diri tu tak menjadi. Kot ye pun nak tarik perhatian peminat, cari la cara lain!!!

Jangan la dia nak tiru perangai puak - puak Pakatan Haramjadah tu pulak!!! - seterusnya...
Categories:

3 ulasan:

  1. You want to cook? I have recipes that are delicious and suitable according to your taste. Free!!

    http://recipehatiku.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Utk makluman...shila amzah mengumumkan penarikan diri dr ABPBH bukan AJL. Harap pastikan fakta seblm menulis. Just saying...

    BalasPadam
  3. Tuan dh buat fitnah ni.... Shila Amzah tarik diri dr Anugerah Bintang Popular Betita Harian (ABPBBH) bukan Juara Lagu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping