Ahad, Februari 22, 2015

Saya tak tahu langsung mengenai konspirasi itu. Saya hanya berbual dengan Jude Pereira (pegawai penyiasat) mengenai hasratnya untuk jadi peguam (dalam satu pertemuan sebelum PRU13).

Kemudian saya hanya maklumkan (Pengerusi MyWatch, R Sri) Sanjeevan mahu berjumpa dengannya. Tetapi saya tidak tahu atas urusan apa mereka mahu mengadakan pertemuan tersebut.

Demikian yang dinyatakan oleh Tan Sri Musa Hassan berikut pendedahan yang dilakukan oleh Pegawai Penyiasat kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap bekas pembantu peribadinya sebelum ini.

Pendedahan yang disiarkan melalui laman portal Malaysia Today itu turut mendedahkan pertemuan yang diadakan oleh Jude bersama dengan Sanjeevan serta tawaran yang dibuat supaya dia melakukan pengakuan.

Pengakuan itu merujuk kepada wujudnya konspirasi dari pihak Kerajaan dalam kes pendakwaan yang dibuat terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu.

Katanya, selain menawarkan jaminan keselamatan, Si Sanjeevan itu juga turut mengakui bahawa dia sedang membantu Si Ketua Penipu tu untuk menang dalam Pilihan Raya Umum.

Sekaligus menjejaskan nama baik serta kredibiliti Si Sanjeevan itu sendiri sebagai seorang 'Hero' yang memperjuangkan Keadilan selama hari ini. Sebaliknya, dia hanya seorang MACAI Pakatan.

Persoalannya, kenapa pulak Si Sanjeevan tu baru hari ini mahu mengakui penglibatan dirinya dalam isu tersebut dan turut mahu mengheret nama Tan Sri Musa Hassan dalam kes tersebut?

Jika benar dia seorang pejuang Keadilan, kenapa pulak baru sekarang dia nak mengaku kata dia pernah berjumpa dengan Jude serta membuat tawaran kepadanya untuk membuat pengakuan tersebut?

Dan untuk apa pengakuan itu dibuat jika bukan untuk menjaga kepentingan peribadi Si Ketua Penipu tu semata - mata dan bukan atas dasar untuk menegakkan Keadilan ataupun Kebenaran?


Sekarang persoalan utamanya, kenapa pulak Si Sanjeevan tu enggan mengulas kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Musa Hassan berhubung pendedahan yang dibuat oleh Jude sebelum ini?

Apa pulak tindakan yang akan dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu berhubung wujudnya usaha dari Si Sanjeevan ni untuk berkonspirasi memburukkan pihak Kerajaan dalam kes liwat Papanya?

Adakah dia akan mengambil tindakan perundangan atau sekadar mendiamkan diri bagi mengelakkan dirinya dari terlibat sama? Kalau sebelum ini, lantang sangat dia menuduh Kerajaan berkonspirasi terhadap Papanya. Sekarang, kenapa pulak dia nak diamkan diri!!!

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping