Ahli PAS di seluruh negara kini sudah betul-betul berada di antara persimpangan. Mereka terpaksa membuat keputusan dan perhitungan yang cukup kritikal bagi survival Politik parti mereka sendiri.
Mereka bukan diperlukan membuat pilihan samada ‘telan mati emak atau luah mati bapak’ tapi sebenarnya mereka terpaksa memilih berdasarkan kepentingan peribadi dan menerusan hidup supaya ‘periuk nasi tidak dimasukki pasir’.
Mereka bukan lagi terpaksa membuat pilihan kerana dasar perjuangan parti tetapi berdasarkan kepentingan ‘perut’ pemimpin tertentu walaupun tidak semua yang bersikap demikian.
Bahkan ada pemimpin yang sudah berkali-kali menyatakan (meramalkan) sekiranya Hadi Awang tidak mengundur diri dari jawatan yang disandangnya, maka Pakatan akan kalah dalam PRU ke 14 yang akan datang.
Walaupun ini hanya merupakan ramalan tetapi yang meramalkan ialah dikalangan pemimpin PAS yang berjaya menempuh beberapa kali PRU dan menang dengan sokongan luar.
Kenyataan mereka bukan semata-mata untuk ‘sedap mulut’ dan 'sedap telinga' semata - mata. Tetapi ianya berdasarkan fakta yang konkrit yang sentiasa berada dalam ‘simpanan’nya mungkin.
Seingat kita belum pernah lagi kepimpinan PAS sendiri mengeluarkan kenyataan yang sekeras itu kepada Hadi Awang. Dan sepatutnya Hadi Awang perlu berundur sebelum kepimpinan PAS mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Setidak - tidaknya dia perlu sedar bahawa dia tidak perlu dipersalahkan sekiranya Pakatan kalah teruk dalam PRU dibawah pengawasannya. Sudah pasti Hadi Awang tidak mahu namanya tercatat dalam sejarah sebagai Presiden PAS yang membawa kepada kehancuran Pakatan.
Namun, Hadi Awang kelihatan semacam ‘bertahan’ dan terus mempertahankan kedudukannya dengan mengharapkan sokongan daripada ahli PAS yang terus menerus memberikan sokongan.
Tetapi soalnya berapa lama lagi Hadi Awang boleh bertahan dengan bersandarkan kepada sokongan ini? Sejarah telah menunjukkan bahawa sokongan yang sedemikian tidak akan bertahan lama.
Aku teringat kata penulis terkenal Han Suyin yang mengatakan, ‘anak sungai lagikan berubah….” dan Saloma dalam lagunya ‘Embun Menitik’ pula mengatakan, ‘anak sungai lagikan berubah inikan pula hati orang’.
Dan tentulah terngiang-ngiang di telinga kita kini mengenangkan nasib yang dilalui oleh Hadi Awang dalam menempuh hari-hari yang akan dilaluinya sebagai Presiden PAS dimasa akan datang.
Kini rakyat sedang memerhatikan satu lagi babak perjuangan seorang pemimpin negara yang bernama Abdul Hadi Awang. Kita merasakan bahawa belum ada lagi ujian yang sebegini getir yang pernah dilalui oleh Hadi Awang sebelum ini.
Dan kini Hadi Awang hanya boleh terus ‘hidup’ kerana ‘sokongan’ yang diberikan oleh para penyokongnya. Dan kita yakin juga bahawa Hadi Awang juga sedang memikirkan bahawa selama mana lagi ‘penyokong’nya akan memberikan sokongan.
Rakyat Malaysia akan melihat drama yang agak menarik ini. Bukan gembira melihat kejatuhan seseorang tetapi memerhatikan gelagat ‘penyokong’ yang bertindak sebagai ‘hipokrit’ apabila diketemukan dengan suasana yang penuh dengan dilemma sebegini!!!
Situasi Hadi tidak sekritikal Najib.
BalasPadamHadi mendapat tentangan dari golongan bawahan kecewa yang nyata kiblat mereka lebih kepada DAP. Hadi ditentang oleh golongan yg berkepentingan jawatan dan duit.
Faktor itu menyebabkan Hadi msmpu bertahan dan kekal sepenggal lagi.
Tidak kepada Najib, serangan datang dari atasan yang dianggap paling berpengaruh dan mendapat sokongan rakyat pelbagai lapisan. Lebih malang untuk Najib, serangan tajam dan tepat itu datang dari orang yang tiada kepentingan peribadi.
PAS kalau menyokong PKR bermakna menyokong juga DAP dan ini membuktikan PAS tiada maruah dan harga diri. Telan mati emak luah mati bapak. Akhirnya mati sendiri.
BalasPadamOleh itu baik sembah tokong DAP dan peliwat PKR. Gerenti dapat jilat mangkuk punya.
SOKONG, MEMANG BENAR PAS TAK HARGA DIRI
PadamDaripada menyokong parti yang terang terang menghina Islam lebih baik sokong najib.
PadamTiada 'Isle' pada Pas kecuali kulit. Dunia matlamat utama
BalasPadamkebanyakann pemimpin pas......kerandut mereka dipegang olih dap. lebih cakap kena sentap. memang benar seperti yang dikatakan olih bekas ahli dap ahmad razali....
BalasPadamUmno di tuduh tak sokong hudud.... KAFIR
BalasPadamPKR tolak hudud. ....Tak Kafir..
Itulah PAS