Isnin, April 20, 2015

Calon orang muda, berilmu tinggi dan juga mempunyai karisma untuk menarik golongan muda. Itu diantara kriteria - kriteria menarik yang dimiliki calon yang pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini.

Memandangkan PAS nak sangat calon orang muda, yang mempunyai wawasan serta 
Sebagai seorang Profesional muda yang aktif, sudah pasti dia mempunyai peluang yang cukup cerah untuk bertanding didalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin kali ini bagi mewakili PAS.

Malah, ada pihak yang turut membuat kesimpulan, sekiranya Si Mohd Fadzly ni yang bertanding, maka sudah pasti dia dapat mengimbangi persona calon Barisan Nasional, Dato' Hasan Arifin.

Tapi malangnya, nama dia tenggelam dan seolah - olah tidak wujud apabila ramai yang tertumpu kepada Yang DiPertua PAS Kawasan Rompin merangkap Ketua Pemuda PAS Pahang.

Walaupun nama dia turut tersenarai dalam pencalonan, namun desas - desus mengatakan nama Mohd Fadzly tidak menjadi pilihan utama kerana dia kuat menyokong 'Pihak Sebelah Sana'.

Apa yang dimaksudkan dengan pihak sebelah sana, tak pulak dapat kita pastikan. Namun apa yang jelas, ianya sudah pasti mempunyai kaitan dengan kumpulan - kumpulan tertentu dikalangan puak - puak PAS tu.

Realitinya, seluruh rakyat Malaysia pun sedia maklum mengenai perbalahan dalaman PAS pada ketika ini. Dan ianya sedikit sebanyak turut menjejaskan beberapa pihak terutama dikalangan Profesional parti itu sendiri.

Dengar - dengar dari percakapan orang di kedai kopi dan juga dilaman media sosial, nama Si Mohd Fadzly ni sedaya upaya cuba didiamkan oleh pihak - pihak tertentu agar tidak menjadi sebutan.

Nak pulak bila dia dikatakan tidak sehaluan dengan kepimpinan Ulama memandangkan kerjayanya sebagai seorang Peguam yang pernah mendapatkan latihan dibawah mendiang Karpal sebelum ini.

Turut dikatakan, Si Nazri Ahmad tu sendiri Pro kepada puak - puak yang sehaluan serta penyokong tegar kepimpinan Hadi Awang dan juga Si Tuan Ibrahim Tuan Man tu di Pahang.

Maka tak heran jika nama Nazri Ahmad itu yang akan diangkat menjadi calon memandangkan kedudukan Si Hadi Awang tu selaku Presiden PAS sendiri pun semakin kian terdesak pada ketika ini.

Nak pulak bila Si Tuan Ibrahim tu sendiri pun bakal bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan parti Jun nanti. Dan seandainya itu yang berlaku, maka sudah pasti orang akan kata, PAS pilih calon kerana proksi, bukan kerana rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping