Sabtu, April 25, 2015

"Apa masalah membabitkan golongan remaja di Rompin yang membimbangkan saudara pada masa ini?" Itu diantara soalan yang diajukan oleh wakil media sewaktu mengadakan temubual dengan calon PAS.

Tapi ternyata, jawapan yang diberikan oleh calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin itu cukup mengecewakan apabila dia menyalahkan pihak ibu bapa kerana tidak pandai untuk mendidik anak.

Sambil membezakan kehidupan mereka yang berada dikawasan bandar, calon PAS tu turut menegaskan, "Melepak antara satu fenomena membimbangkan di sini. Antara faktor itu adalah ibu bapa."

Bagi dia, ibu bapa dikawasan Felda yang rata - ratanya terdiri dari kalangan peneroka tidak memberikan tumpuan dan mengutamakan pendidikan kepada anak - anak mereka yang dibiarkan begitu sahaja.

Malah, calon PAS tu juga turut dilihat mendakwa sikap sambil lewa yang diamalkan oleh ibu bapa dikalangan warga Felda itu menjadi diantara punca penyebab berlakunya masalah gejala sosial.

Dalam erti kata lainnya, calon PAS tu menganggap ibu bapa yang tinggal didalam kawasan Felda telah sengaja mengabaikan tanggungjawab serta amanah yang diberikan untuk mendidik anak - anak.

Soalnya, adakah ianya adil jika calon PAS tu nak salahkan ibu bapa kerana anak - anak mereka suka mengabihkan masa dengan tak tentu arah sehingga dia boleh buat kesimpulan sedemikian?

Jangan pulak calon PAS tu nak rasa ujub dengan diri dia sendiri hanya kerana dia memiliki pendidikan yang tinggi sampai ke Universiti dan anggap rakan - rakan dia yang lain dikawasan Felda tu suka mengabihkan masa.

Realitinya, takde ibu bapa didalam dunia ni yang nak anak - anak mereka terabai dalam pendidikan. Bahkan takde ibu bapa yang nak melihat anak - anak mereka buat kerja yang tak berfaedah.

Maka, kenyataan yang dibuat oleh calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ini boleh dianggap sebagai satu Penghinaan terhadap warga Felda secara keseluruhannya kerana dianggap GAGAL mendidik anak - anak mereka.

Tapi, calon PAS di PRK Rompin ni juga kena ingat. PAS pun bukan la bagus sangat dalam bab nak mendidik orang ni. Sedangkan rakan sekutu mereka dalam Pakatan tu sendiri pun masih GAGAL untuk ditarbiyahkan.

Inikan pulak dengan pemimpin - pemimpin PAS yang menolak perlaksanaan Hukum Hudud tu secara terang - terangan. Kenapa PAS masih GAGAL untuk mendidik mereka? Jangan calon PAS tu sampai tahap lupa pada diri sendiri sudah la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping