Huh!!! Tak pasti la kenapa puak - puak PKR ni kemaruk sangat nak menyindir PAS di Permatang Pauh kerana berani memberikan desakan dan kata dua kepada mereka sebelum ini.
Mungkin diorang terasa seperti dihina dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS tu sendiri. Maka sebab itu mereka tampil membuat kenyataan menyindir seperti yang dilakukan oleh PKR Pahang ni.
Hakikatnya, keengganan PAS untuk tidak membantu PKR adalah disebabkan kebiadapan serta kesombongan yang ditonjolkan oleh parti itu terhadap perjuangan parti mereka sebelum ini.
PKR jelas memperlekehkan dasar perjuangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan dan menghina Presiden PAS secara terang- terangan serta dianggap sebagai Pengkhianat.
Maka sebab itu diorang buat telah membuat keputusan dan menegaskan pendirian untuk tidak membantu jentera PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil di Parlimen Permatang Pauh.
Tapi, lain pulak bagi puak - puak PKR di Pahang ni. Diorang pulak memang kemaruk nak turun berkempen di Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin. Maka, nak tak nak terpaksa la diorang menempel dengan PAS.
Namun, dari satu sudut nampak sangat yang kenyataan dari wakil PKR Pahang ni menyindir puak - puak PAS di Permatang Pauh tu sendiri. Kiranya, diorang anggap tindakan PAS Permatang Pauh tu satu tindakan yang sia - sia belaka!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.