Isnin, April 06, 2015

"Terima kasih Datuk Menteri Besar Selangor beri respons walaupun lebih kepada cubaan untuk memperlekeh legasi saya."

Demikian kenyataan terbaru bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dibuat melalui laman Facebooknya, hari ini.

Menurutnya, meskipun Azmin telah memberi respons kepada beberapa isu yang dibangkitkannya namun isu yang paling penting iaitu penstrukturan semula industri air tidak disentuh sama sekali.

“Sesungguhnya, rakyat Selangor berhak mendapat penjelasan dan kepastian terutama tentang komitmen beliau dalam memuktamadkan segera penyusunan semula industri air pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion; langkah-langkah mengambil alih Splash, satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil dan penamatan serta-merta Perjanjian Penswastaan berat sebelah dengan semua syarikat konsesi,” katanya.

Tambah Abdul khalid, Azmin perlu tahu membezakan antara keberanian melulu dan kebijaksanaan terpimpin dalam membuat keputusan.

“Apa gunanya berani persis panglima perang sekiranya strategi dan teknik yang diguna pakai bakal menyebabkan kita menang satu pertempuran tapi kalah di dalam peperangan.

“Ambillah iktibar dan pengajaran daripada kisah nasib malang Pak Kaduk yang menang bersorak, kampung tergadai akibat kedunguan dan kejahilan beliau.

“Kelayakan, kredibiliti dan integriti seorang pemimpin bukan diukur atas neraca keberanian tetapi lebih bersandarkan keupayaan dan kebijaksanaan hakiki,” katanya.

Menyentuh soal Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang telah pun dibatalkan Azmin baru-baru ini, Abdul Khalid mengingatkan bahawa projek tersebut terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

“Sekiranya Datuk Menteri Besar terlupa atau terlepas pandang, saya ingatkan bahawa kerajaan negeri terikat dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bidang kuasa dan prerogatif bagi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sama ada di bawah senarai persekutuan, negeri atau bersama.

“Amat jelas bahawa projek Kidex terletak di bawah bidang kuasa penuh Kerajaan Persekutuan memandangkan perkara-perkara berkaitan komunikasi dan pengangkutan serta kontrak Kerajaan Persekutuan termasuk dalam senarai persekutuan.

“Dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, peranan Kerajaan Negeri tidak lebih daripada memberi nasihat dan tiada kuasa menolak projek Kerajaan Persekutuan. Malah, walaupun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri, perancangan pembangunan bandar dan desa masih tertakluk di bawah senarai bersama,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau melahirkan kebimbangan Selangor akan terdedah dengan implikasi perundangan dan kewangan susulan pembatalan  yang diragui kesahihannya itu pada 16 Februari lalu.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Ampun Tuanku. Patik benar2 berharap Kebawah Duli Tuanku sebagai Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Darul Ehsan akan memecat mamanda Menteri Besar Tuanku iaitu YAB Azmin Ali kerana munkir AKUJANJI sewaktu mengangkat sumpah jawatan 6 bulan dahulu. Patik benar2 berharap KeBawah Duli Tuanku dapat memecar dan menukar Mamanda Menteri Besar yang lebih berkaliber dan boleh bekerja untuk rakyat Tuanku. Ampun Tuanku.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping